Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Ahad, 21 Disember 2014

There's Something About Ash Panes (pronounced Pee-nis)...satu autobiografi celaka.

bukan rupa sebenar


Penafian : Kisah di atas hanya rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia @ mati. 





SAMA TAK?? TAK HASHTAG AJE HEHE!


I have a friend, nama dia Ash Panes...dia ni seorang yang sangat pemarah...hari-hari dia suka marah...memaki, melucah, memba**an**ngkan orang itulah kerjanya! 

Ash Panes seorang yang sangat vulgar...masa muda dia suka minum, pernah sekali dia bergambar dengan sebotol Jack Daniels dan berbangga dia mabuk!

Satu perangai buruk Ash Panes, dia suka simpan perempuan...semenjak muda dia sudah biasa bertukar-tukar pasangan...malah dia juga pernah menyatakan rasa bangganya meniduri ramai perempuan dan membuntingkan seorang remaja Cina yang akhirnya terpaksa dikahwininya kerana remaja Cina itu mengancam untuk membunuh diri kerana malu dibuntingkan Ash Panes...

Ash Panes juga tidak malu mengadakan hubungan sulit dengan seorang lagi perempuan Cina yang lain, sehinggakan diketahui oleh perempuan Cina yang dikahwininya itu...dan biasa berlaku  perang pinggan mangkuk dan kadangkala pasu juga berterbangan...Namun satu sifat terbaik Ash, dia tidak pernah membelasah isterinya...budiman sungguh Ash!

Ash dan perempuan Cina itu dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan...Namun demikian, seorang anak perempuan Ash sangat jahanam dan suka mengikut kerenah bapaknya yang suka mabuk-mabuk, keluar malam dan melakukan persetubuhan luar nikah yang sangat jahat!

Ash pernah sekali sekala bertanya kepada dirinya sendiri..."Adakah ini laknat Tuhan kepada aku sebab dulu perangai aku pun buruk macam setan?"...Bila mengenangkan anak perempuannya, Ash jadi kelam kelibut, dia tak tentu arah...

Lebih memalukan, anak perempuan Ash ada menjalinkan hubungan sulit dengan seorang anak seorang samseng di kampungnya...yang tak beradab sopan dan suka juga memba**an**ngkan orang! Owhhh...sudah jatuh ditimpa tangga Ash nih!

Owhh sungguh malang nasib Ash!!!
______________________________________________________

Orang kata, "what you give you get back!"...tapi adakah kenyataan itu benar dan tiada yang tidak benar tentang kenyataan itu? Adakah Tuhan kadang-kadang membalas kejahatan seorang manusia melalui keturunan atau cucu cicitnya? Adakah itu cara Tuhan menghukum manusia di dunia nih? 

Kenyataan di atas sebenarnya hanyalah alasan bodoh Ash Panes untuk menyatakan bahawa dia seorang yang sangat baik dan terlebih baik dari anak perempuannya yang jahanam itu...Sebenarnya anak perempuan Ash tak ada masalah, realitinya anak perempuan Ash yang dikatanya jahanam itu tidak pernah mabuk-mabuk, selalu pergi ke masjid (dan pernah ditarik tudungnya oleh Ash hingga terburai rambutnya!) dan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab...namun demikian kenyataan di atas hanyalah satu "projection" Ash terhadap kesalahan dan kejahatan dirinya kerana telah banyak buat dosa dan maksiat di masa mudanya!

Kadang-kadang Tuhan memberikan kesedaran kepada Ash (kalau dia nak sedar!) melalui dosa dia sendiri...anak haram/luar nikah yang dihasilkannya itu sebenarnya merupakan rahmat Tuhan kepada dia...kenapa aku kata macam tuh? Sebab anak luar nikah dia itu langsung tidak sikit pun menyerupai perangai dia! Anak luar nikahnya itu tidak pernah melakukan zina, mengandungkan anak haram macam yang dia pernah buat pada isterinya dan tidak pernah mengabaikan perintah Tuhan, sebaliknya anak luar nikah Ash Panes sangat berbeza dengan bapaknya!

Hikmah yang aku ingin nyatakan disini ialah...kenyataan like father like son/daughter itu ialah satu kenyataan bodoh yang sangat menyimpang dari prinsip "free will" dan freedom to choose over evil or good...tak semestinya dia berstatus luar nikah...dia akan menjadi seorang anak yang celaka dan sentiasa celaka...

Natijah dari kebencian Ash Panes kepada anak luar nikahnya...beliau telah tanpa segan silu menjahanam, menindas dan mencelakakan anak perempuannya dan juga keluarga anak perempuannya dengan menuduh suami kepada anak perempuannya sebagai gila, sakit mental dan berperangai samseng macam dia...

Tindakan Ash Panes ini difahami dalam konsep psikologi sebagai tindakan "projection"...dia sebenarnya takut kepada bayang-bayang dia sendiri dan dia sebenarnya memprojekkan kejahatan dia pada anak luar nikahnya kerana dia seorang yang tidak mampu menerima kenyataan bahawa dosa dia sangat besar...sudahlah dia berkelakuan jahat semasa mudanya...sekarang ni, anak perempuan luar nikah dia pula yang perlu menerima hukuman dari tindakan jahat dia!

kau rasa orang macam ni akan cium bau syurga ke? Atau mungkin masa dia nak mati nanti, dia akan berlari telanjang bulat keliling kampung dan menjerit kepada orang kampung - "aku gila, aku gila, aku gila!"...sebelum dia mati?

Adilkah ini? Sesungguhnya hanya Allah dan rasulNya sahaja yang tahu!!

sekian.

Penafian : Kisah di atas hanya rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia @ mati. 

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman