Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Sabtu, 25 Oktober 2014

...And Justice For All?? Yeah Right!



"Jam 9:00 pagi, Mohamad sudah menunggu di ruang belakang dewan Mahkamah Rayuan, dia rasa macam nak pengsan pun ada sebab pada pagi itu dia kena mewakili diri sendiri untuk melawan kes penamatan kerjanya oleh pihak kerajaan. Mungkin kalau orang biasa yang tak kuat semangat, mahu dibiarnya sahaja kerjanya dibuang dan hidupnya jahanam, Namun bila setiap kali melihat isterinya dan anaknya yang comel, Mohamad merasakan satu kekuatan dalam dirinya dan mahu tak mahu, diredahnya juga bangunan mahkamah itu buat kali ketiga, setelah kali pertama dan kedua dia ditipu hidup-hidup oleh peguam yang mewakili dirinya menyebabkan dia kalah dalam kes di Mahkamah Tinggi. "Benarlah kata orang, golongan pertama yang akan banyak masuk neraka ialah golongan pembahas-pembahas @ lawyer" hati Mohamad berkata-kata kepada dirinya sendiri.

Mohamad tampil ke depan dewan, dia cuba nak meminta supaya kesnya didengar awal. Namun demikian, penterjemah yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa giliran Mohamad pada pagi itu bernombor 13, kes ketiga yang akan didengar pada pagi yang malang itu. Mohamad bergegas kembali ke belakang dewan dan duduk. 

"Eh! bila lagi kes aku nak didengar ni? Ini dah masuk kes yang keenam dah!" rungut Mohamad. Dia merasa seolah diperbodohkan oleh penterjemah berbangsa Hindu tersebut. Mohamad dah hilang akal. Tepat jam 12:15 tengah hari, kes Mohamad disebut. Dia dipanggil ke depan. Belum pun sempat Mohamad membuka mulut, membuka bicara dan akal, hakim sudah menerjahnya. "You haven't filed in your order for the Court of Appeal, have you?" tanya hakim yang mengetuai Mahkamah Rayuan pada pagi itu. "No your hon....errr...My Lord, I dont find the need to file the order since I was not instructed by the court to do so", Mohamad menjawab dengan yakin. "You know what, since you did not file your order, I am hesitant to accept your Affidavit to the Court of Appeal, unless you wanted to file for a delay and set a time for another hearing, would you like to do so?" Mohamad bingkas menjawab, "No My Lord, I would like to proceed with my hearing". Hakim tersentak, mungkin ketika itu dia berfikir - "whhoaaah! determine sungguh orang ini, tunggulah aku bantai kau nanti".

Mohamad membuka hujjah dengan penuh keyakinan, sebenarnya dia telah bersedia, lebih bersedia dari Peguam Negara yang akan melawan hujjahnya sebentar lagi. Mohamad menggoreng, melibas, menerjah dan mempersoalkan kewajaran pembuangan kerjanya kepada tiga orang hakim di hadapan. Peguam Negara bingkas menepis, melipat dan mencantas hujjah Mohamad namun malangnya setiap kali Peguam Negara menerajang kembali hujjah Mohamad, ketika itu jugalah belang Peguam Negara terdedah. "Owwhh, this is Perakuan Pencen, Senior Federal Counsel! Please do your job properly! How can you do this?" hakim menempelak sang Peguam. Mohamad dapat merasakan bahawa Peguam Negara sudah menggeletar seluruh badan. Dah rasa macam tak mampu nak memberikan hujjah yang baik.

Hanya ketika Peguam Negara membuat kenyataan - "since the Appellant was employed as a probationer, it is highly suggested that the Commission is not bound to confirm the Appellant if there is something amiss about the Appellant, the Commissioner is entitled to make an inquiry". Waaah! ini peluang keemasan! Mohamad tidak melepaskan peluang ini, lantas dia mengangkat tangan dan meminta izin kepada tuan hakim, "My Lord, if I may?". "Proceed!" balas hakim. Mohamad mula mengeluarkan hujjah berkaitan - "My Lord, if we refer to the Article 135 (2) (b) of the Federal Constitution, the party with the power to dismiss or reduced in rank of an officer, if for whatever reason that is RECORDED IN WRITING, can terminate an officer in the interest of the public and the right to be heard will no longer be applicable since the party with the power to dismiss had a reasonable doubt to dismiss or reduced in rank of an officer in mention". Mohamad menambah lagi, "Furthermore, according to Article 132 of the Federal Constitution, an officer holds office during the pleasure of Yang Di-Pertuan Agung, which holds that the post held by an officer in the government sector had a security of tenure and he cannot be simply dismissed or terminated in the interest of the public without just cause and excuse".

Sebaik sahaja Mohamad selesai berbicara, hakim mula melenting dan kelihatan mukanya merah padam...mungkin ketika itu dia merasa seperti diperbodohkan oleh seorang bekas guru yang langsung tiada pengalaman menjadi peguam. "Aku tak boleh bagi cikgu kena buang ni menang, kalau tidak mesti tercalar institusi kehakiman, mana ada lagi orang biasa lawan kerajaan boleh menang?" syaitan mula membisik ke telinga hakim tadi. Akhirnya hakim tidak lagi memberikan peluang untuk Mohamad berkata-kata, lantas beliau dan dua lagi hakim di hadapan Mohamad bersepakat bahawa insitusi kehakiman tidak wajar dimalukan oleh marhaen seperti Mohamad. Oleh kerana merasa tercabar, hakim nekad membuat keputusan..."After hearing your argument, we had decided unanymously that your case had no merit and we decide to dismiss your case".

Hakim kemudian bertanya kepada Peguam Negara samada mahu meminta kos guaman kepada Mohamad. Peguam Negara yang terdiam dari tadi, mungkin kerana beliau tidak menyangka Mohamad akan ambush dengan begitu teruk sekali, bingkas bangun dan menjawab - "I incur no cost My Lord". "No cost?" fikir Mohamad. "Huh! kau dah terduduk, memang kau tak mintak kos lah kan?!" rungut Mohamad. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, Mohamad berlalu keluar dari dewan...dalam hatinya, terasa satu beban yang sangat berat untuk dia pikul. Dengan title - "orang gila" yag diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kepadanya, Mohamad lantas putus asa dan berfikir "siapa yang nak ambil aku bekerja selepas ini?". Mohamad terbayang rupa anak lelakinya...tiba-tiba Mohamad meraung!

_________________________________________________________________________________




Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay

Nothing Can Save You
Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

James Hetfield dan rakan-rakan telah lama menyuarakan tentang sistem kehakiman, samada engkau boleh percaya dengan sistem ini atau sistem ini sudah korup dan perlu diganti dengan sistem street justice ala Judge Dredd - The Judge, The Jury, The Executioner.

Perlembagaan Persekutuan yang diolah Lord Reid kini menjadi bahan mainan bijak pandai dalam memanipulasi kebenaran dan memihak kemenangan kepada mereka. Mungkin situasi di atas ialah wake up call kepada marhaen bahawa, engkau tidak mampu melawan dengan kebenaran disisi engkau kerana mereka semua ialah serigala lapar yang gila kuasa. Engkau bawa kebenaran di hadapan sistem yang korup dan sudah pasti engkau akan kalah. Situasi David against Goliath sudah tidak terpakai lagi walaupun engkau ada Tuhan bersama engkau. Engkau ibarat Nabi Musa yang perlu "kick some sense" ke dalam otak Firaun, tapi Firaun memilih untuk kufur dengan kebenaran.

Ini mungkin rupa wajah sebenar sistem kehakiman kita. Mungkin fiksi di atas satu kisah benar atau mungkin hanya rekayasa yang mahu membobrok kerajaan mahupun sistem keadilan. Namun demikian...berhati-hati dengan Wolves in sheep's clothing, a man in three piece suit yang di gelar peguam, kerana apa yang mereka mahu hanyalah duitmu!

Benarlah firman Allah Taala yang menyatakan bahawa satu hari nanti seorang rasul akan berkata - "Sesungguhnya Quran ini menjadi Perlembagaan yang tidak terpakai". Hari ini bukan seorang rasul yang akan membenarkan ayat Tuhan itu, sebaliknya seorang cikgu marhaen yang dituduh GILA (Nabi Muhammad juga dikatakan gila kerana membawa kebenaran) yang akan menyatakan - SESUNGGUHNYA FIRMAN TUHAN SUDAH MENJADI PERLEMBAGAAN YANG LAPUK DAN TIDAK TERPAKAI.

...And Justice For All?? kah itu?

Shaffarizan Mohamad.
( a David against Goliath and were lost and killed by the Goliaths!)


3 ulasan:

eddeved berkata...

Mamat Khalid tak berminat ke nak ambik cerita aku jadi skrip filem ala-ala A Time To Kill or maybe Philadelphia...cuma (pun intended) ini bukan filem pasal gay rights laa ha ha ha!

Amacam bang! contact saya kalau abang berminat ha ha ha!

"yang meilhat dengan mata akal" he he!

Mikhail berkata...

Sy takde kaitan dgn Noob tapi post ni takde ciri2 buasir otak. Tapi jika Noob dorg nak amek, takde salah kot. Lol.
Sistem kehakiman skrg tak semudah dalam filem dan meskipun kita nak ikut logik pun, sistem kehakiman kita agak rapuh. Bnyk putar belit yg sebenarnya menguntungkan pihak2 tertentu.
Skg ni pulak sedih dgr isu video UAI yg mana ianya jelas cubaan menjahanamkan alim ulama. Fuh. Baru kejap td sedih dgr pasal Syria tym kuliah, bl buka net jumpa pasal UAI, lagi sedih. Teruskan menulis bro.

eddeved berkata...

ha ha! thank you for reading...ya aku akui memang tak ada kaitan langsung...tapi sebab apa aku bersyukur sebab Tuhan membenarkan firman Dia dalam Surah Al Maidah - sesungguhnya penolongmu hanya Allah, Rasul dan orang beriman.

seriously aku lagi suka kritikan dari pujian sebab pujian tak ada makna...pujian tu hak Tuhan maha agung...kalau kritikan, betul atau salah...kita belajar banyak benda..

sebenarnya aku pun tak sangka noob nak letak artikel nih...memang tak sesuai langsung...dan aku rasa dia bukak contest tu sebagai laluan untuk aku masukkan artikel aku dalam blog dia...dan sesungguhnya bukan susah nak kenal orang percaya Qadha' Qadar Tuhan nih! Aku tahu blog dia pun pasal dia lah orang waras pertama yang komen positif kat blog aku...sebelum nih aku tutup sebab ada sorang awek psiko suka maki hamun aku so aku tak nak ada fitnah aku tutup dulu...laa ni aku bukak moga-moga boleh mensegerakan kesedaran orang lain terhadap Tuhan...ya aku memang idealis...tapi ini burden yang aku kena bawak...memang orang akan cakap aku gila...tapi kalau depa tahu apa yang aku tahu...errrr...malas!

Pasal video lucah UAI tu aku pun tak setuju...bukan dia pun...walaupun aku banyak benda tak setuju dengan dia tapi janganlah sampai memfitnah orang macam nih, "not good, papa"...kata anak aku ha ha!

sistem kehakiman nih sama macam kau jual beli barang, ada plea bargain...kau mengaku, hukuman kau ringan...kau tak mengaku, aku akan belit sampai kau kena!

Kat US sistem dia "peer judgment"...kau kena atur lima ke lima belas orang biasa untuk adili engkau...so dia tak pakai "lordship's opinion yang mana kau punya nasib bergantung pada sorang tu aje lah!"...ada kebaikan dan keburukan jugak...yang lebih buruk kalau kau boleh "beli" orang untuk jatuhkan hukum kat kau...itu sebab hukuman dunia nih tak adil...sebab memang dah cenggitu...terima aje...dan sedih sebab orang-orang yang menghukum di dunia nih akan dikenakan hukuman paling jahat di akhirat kelak!


Jumlah Paparan Halaman