...Kalau aku diberikan peluang untuk turn back the clock dan ubah pilihan aku...for sure aku akan tetap dengan pendirian aku...aku tak akan ubah walau sikit pun...sebab aku tahu ini ketentuan Tuhan pada aku...apa yang Dia bagi sebenarnya cukup dah buat aku...samada dugaan, rahmat, rezeki ataupun celaan manusia pada aku.
Seriously, aku yakin dan pasti bahawa perempuan kat atas nih dan budak kecik yang dia dukung tu ialah true calling aku dalam permainan yang dinamakan "KEHIDUPAN" nih...perempuan kat atas tu ialah wife aku yang aku dah hidup dengan dia selama 5 tahun dan itulah satu-satunya anak kami yang sangat comel dan nakal serta sangat bijak...ada satu insiden dia baru beli satu set mainan build set kereta yang ada bateri boleh buat kereta kat atas rail tu jalan sendiri...aku tak bagi tau anak aku nak tekan punat ON kat mana, aku kelentong dia, aku picit satu tombol kat rail tu lepas tu aku sorok-sorok tekan punat ON yang dia tak tau...keesokannya dia eksperimen sendiri main tekan-tekan sampai dia jumpa punat ON tuh...aduhai!!! serius anak aku jangan tipu dia, dia lagi pandai!!! Kalau setakat main Playstation 2 dengan Playstation 3, dia memang juara!! aku sendiri pun tak boleh main game yang dia beli tuh...aduhai!!!
Kenapa aku pilih pompuan kat atas tu sebagai wife aku?? Kenapa aku tak pilih budak batch dia yang pernah jugak aku ada skandal kejap?? ha ha ha!! Seriously...sebelum wife aku memang banyak jugak pompuan yang aku berkenan tapi aku tak berjaya nak mengorat...bukan takut...tapi hati kecik aku kata - Sabar, nanti dulu...jangan gelojoh...
Bukan tak ramai pompuan yang menaruh perasaan kat aku, ramai!!! tapi yang ni jugak aku pilih...aku pun pada mulanya tak tahu kenapa...sebab, entahlah...aku pandang pompuan bukan pada rupa paras jelita umpama model macam pompuan yang bertanding kat Teluk Intan tuh...selamba memang popular dia tuh...maklumlah lawa pada pandangan mata kasar manusia biasa...tapi pada aku...sorry...falsafah aku senang...dalam sekuntum bunga ros tu ada banyak duri-duri tajam yang membuatkan jari kau boleh luka...aku tak melihat pompuan dari pandangan nafsu "Adik" aku...itu pandangan yang tak boleh pakai...kalau orang kata pompuan lawyer yang bertanding kat Teluk Intan tu sangat jelita...orang tu bercakap menurut pandangan mata 'Adik" dia aje...aku melihat pompuan pada pandangan "mata yang Tuhan bagi" yang melihat jauh ke dalam dan mungkin melingkupi dan menerjah ruang lingkup masa, ruang dan kontinuum...aku melihat pompuan dari sifat dia yang lemah lembut dan penyabar. Seriously bukan senang nak ngorat wife aku nih...berpeluh jugak...sebijik macam filem
"The Right Kind Of Wrong" yang mana seorang mamat tuh punyalah gila dengan bini orang sampai dia ngorat tak ingat punya!!! Susah gila nak ngorat wife aku...tapi it was worth the try...sebab nak dapatkan perkara yang baik dalam hidup kena berusaha keras!!!
Bila aku ingat balik mungkin ini "hukum cakerawala" yang Tuhan bagi kat aku sebab sebelum nih memang ramai pompuan yang aku cairkan depa ha ha ha!!! Depa punya desperate nak ngorat aku tapi aku buat derk...bukan jual mahal...tapi sebab aku "tahu" dan "yakin" bahawa pompuan-pompuan tuh bukanlah true calling aku dan tak patut juga aku ikut nafsu "mata kasar" dan nafsu "adik" aku...seriously aku ingat lagi masa aku study muzik kat Uitm ada seorang awek yang sangat "meletop" dan pernah di"ngorat" oleh beberapa orang budak batch aku tapi awek tu tak layan...tapi ada satu hari tu tetiba awek tu pakai baju t shirt hitam Pearl Jam dia tayang kat depan mata aku...aku tak faham pada mulanya dan buat derk sebab peminat Pearl Jam ramai aper!! Aku bukan ada "hakcipta terpelihara" untuk menghalang orang lain dari pakai T-shirt Pearl Jam, kan?? Tapi last-last aku baru tahu yang awek tuh sudah hint dengan aku...terutama bila aku tengah lepak minum pagi dengan bebudak junior aku kat cafe sekolah aku masa tuh...seorang budak junior yang duduk sebelah aku pandang aku atas bawah dan geleng kepala bila dia terperasan awek tu sudah pandang aku satu macam lepas tu senyum-senyum kat aku...mungkin dia tak percaya mamat selekeh macam aku boleh menggoda seorang awek yang sangat "dasat" dan sangat awesome!
...Aku teringat wife aku cakap dengan aku..."the girls looked at you not because you are handsome, but you have something that will melt their hearts everytime they look at you". Mungkin itulah agaknya sifat Nabi Yusuf bilamana perempuan pandang dia...pandangan perempuan sangat tajam dan dalam dan depa boleh melihat dari dalam...tak macam lelaki yang sangat kosmetik, kebanyakan lelaki ...ha ha...hanya akan memandang perempuan dari sudut rupa paras dan body yang anggun...but not me...mungkin itulah anugerah Tuhan pada aku, sebab aku ada pandangan macam seorang perempuan ha ha ha ha!!! Dulu wife aku memang jealous dengki khianat kalau ada awek usha aku...tapi lama-lama dia buat derk sebab dia tahu dan kenal aku siapa...sebab dia tahu dia dah berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat kontras dari perangai bapak dia ha ha ha!!!
Berbalik kepada citer pasal awek tuh...aku dapat tau dari khabar angin yang kuat masa tu bahawa salah seorang dari budak batch aku yang nak mengorat dia pernah kena maki hamun kaw kaw...sebab aku sendiri pernah nampak benda nih, kat kafe yang sama masa tu mamat yang nak ngorat dia duduk sebelah aku...dan awek tu macam biasa dia dok usha-usha aku lepas tu dia senyum, mamat tu terperasan ingat awek tu sudah signal dia...selamba dia pi kat awek tuh dia tegur awek tu...mungkin dia tanya kot apsal awek tu senyum-senyum bisik-bisik dengan colleague dia...last-last awek tu maki hamun dia depan aku...aduhai!!! Sorry geng, awek tu usha aku bukan kau ha ha ha!!!
Masa aku sekolah menengah dulu pun ada la sorang awek yang sangat cun laa pada pandangan mata orang kan, sama jugak laa mintak perhatian aku...masalahnya bukan aku tak nak...tapi masalahnya "seruan Tuhan" belum sampai lagi masa tuh...setengah orang dia dah tahu jodoh dia siapa dan dia akan tunggu jugak jodoh yang sesuai dengan dia...macam...mungkin teori reincarnation tu ada kebenaran dia...seorang manusia yang sangat tajam pandangan dan penglihatannya akan tahu apa yang dia nak dalam hidup dan akan buat apa benda pun kena tunggu seruan Tuhan dulu ha ha ha!!!
Bukan tak ada dua tiga orang awek yang nak mengorat aku...yang selamba tegur aku macam perempuan tak ada maruah pun ramai...tapi tak tau laa...hati aku dah terpaut dengan wife aku jugak...mati hidup balik, mati balik, hidup lagi...for sure aku akan cari wife aku...sebab apa?? sebab dia seorang aje yang faham perasaan aku dan compatibility dia dengan aku adalah 100%, aku marah dia, aku hamun dia. aku terajang...ha ha ha!! iyolah tu, mengikut laporan perubatan menipu doktor sakit jiwa katanya aku ada cekik wife aku...ha ha ha...biaq pi kau laa...janji kau puas hati...esok kau jawab laa dengan Tuhan...err...tak ada laa sampai terajang wife aku...dari terajang wife aku baik aku terajang bapak mertua aku dengan adik ipar aku ha ha ha!! Dipendek cerita, setiap kali aku marah, tegur wife aku dia tak pernah ambik hati, dia tak pernah simpan dendam dengan aku dan dia selalu maafkan semua kesilapan aku...
dan...apa lagi yang aku nak dalam seorang perempuan? Lawa? Jelita? Ayu? Body macam kerengga?? Nope...aku nak perempuan yang faham aku dan bersama dengan aku tatkala aku susah dan senang dan selalu memahami aku...
Syukur kepada Engkau Ya Tuhan sebab dah bagi the best thing in life for me...
...and then some!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan