Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Isnin, 12 Mei 2014

klise hidup..."kalau kau tak boleh...boleh-bolehkan jugak laaahhh!!!"

Secara jujur, sebenarnya aku dah rasa macam dah malas dah nak buat apa-apa. Kadang-kadang tu aku marah betul...kenapa laa Tuhan buat hidup aku macam ni...tapi bila aku fikirkan balik...Tuhan ke buat hidup aku cenggini??

Ya! memang Tuhan laaa buat hidup aku cenggini!!! Dari awal sampai habis hidup aku tak pernah aku rasa tenang...rasa nak pijak orang, nak maki orang...nak sembelih leher orang pun ada...tapi malangnya aku tak berani...errr...bukan tak berani...aku tak boleh menjurus kepada benda-benda tu semua.

Kadang-kadang aku rasa kenapalah zalim sangat Tuhan buat hidup aku cenggini!!! Dengan bini sakit, anak kecik lagi...tapi bila aku fikir balik...at least anak aku sorang aje...bini aku pun kerja lagi...jadi aku nak marah ni apahal??

Cuma aku rasa tak best laaa...sampai bila aku nak kena lalu benda nih???

Aku dapat bayangkan perasaan Sarah Connor bilamana dia nak mengacukan pistol kat kepala mamat bernama Myles Dyson tu...apa perasaan dia masa tu? Itulah yang aku rasa...tak berbaloi nak bunuh orang...tak ada makna nak kotorkan tangan kau nak menjahanamkan sipembuat dosa tegar! Aku rasa perasaan Sarah Connor masa dia nak tekan picu pistol tu - "eh! pi mampus laa dia...apahal aku nak buat benda nih semua pasal kebodohan dia sendiri???"

...and then, kemanusiaan kau akan tetap ada dan akan tetap bersama dengan engkau...tatkala kau dah rasa macam sial, macam celaka...dan kemanusiaan itulah yang akan selamatkan kau dari menjadi bodoh, bangang dan barua! dan sifat kemanusiaan yang turun dari moyang kau Adam tu lah yang akan selalu bersama engkau dan selamatkan kau dari jadi bodoh sebab si bodoh bernama Syaitan Laknat!

...dan akhirnya sebenarnya dan realitinya...Tuhan memang pembuli tegar kerana Dia suka buli kau sebab Dia tahu akhirnya kau tak ada pilihan lain...sebab Dia tak akan buli Firaun, tak akan buli Qarun dan Namrud...Dia hanya akan buli orang yang selalu sedar kewujudan Dia...sebab Dia tahu...maksud..."sayang anak, tampar-tamparkan!"...dan sebenarnya itulah bahana kewujudan kemanusiaan!! Siap sedialah untuk di buli kerana itulah engkau!!!

...dan akhirnya aku sendiri pun tak tau kat mana tempat aku lepas nih!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman