Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Isnin, 11 Ogos 2014

Seriously, kenapa aku tak boleh terima kenyatan ayah aku dah tak ada?



Hubungan aku dengan ayah aku tak lah rapat sangat tapi aku ada special bond dengan ayah aku, dari kecik aku memang rapat dengan ayah aku...mana-mana ayah aku pergi aku mesti dia bawak...aku masih ingat laa perjalanan aku dengan ayah aku pi rumah sedara mara aku...masa tu mak aku mesti tak ada sekali...ayah aku bawak aku aje...so...?? aku sekarang fahamlah kenapa...

Dari aku kecik sampai besar memang hubungan aku dengan ayah aku sangat baik...yang pelik, dalam lapan orang adik beradik aku cuma aku dengan adik aku aje panggil ayah aku - bapak.

yang lain...semua Americanized...panggil nama aje...suwey!

seriously bapak aku memang tak pernah sekali pun abai keperluan aku, apa aku nak mesti dia cuba cari...cuma sampai masa aku dah naik meningkat remaja bapak aku dah tak tentu arah...kalau dulu dia jarang marah, tapi semenjak lepas abang-abang aku kerja, dia dah mula semacam...ada aje tak kena...

mula-mula aku tak faham...tapi sekarang nih aku faham laaa...

aku buat allegori (sebab Tuhan suka buat allegori)...

bapak aku ni macam Yoda, mak aku macam Sith, bapak aku seboleh-bolehnya nak tarik anak-anak dia ke the light tapi mak aku pulak nak tarik ke dark side...dan lama-lama...

bapak aku jadi Darth Vader....

ya, kau boleh gelak sekarang..sebab kau tak akan faham..aku yang lalu maka aku aje faham...

dan...last time aku jumpa bapak aku dia memang sihat wal afiat, dia tak ada sakit...cuma dia makan hati dengan adik beradik aku yang lain...

aku ingat memula nak bawak dia ikut aku pi Miri, tapi aku fikir diri aku sendiri pun tak tentu arah...so...aku ingat nak tunggu aje...sampai hidup aku stabil..tapi malangnya lima enam bulan lepas aku posting, bapak aku sakit...

dua tahun bapak aku menderita sakit yang aku pun tak tahu dia sakit apa...

masa aku duduk dengan dia, okay aje?

and then, misteri dia...

sebelum dia sakit dia telefon aku dia kata dia nampak 

"kawah besar penuh ulat".

aku mengucap panjang...

aku tau apa benda tu!

dan aku tau lah sekarang...

masa bapak aku meninggal, memang aku pulak rasa macam nak jadi Darth Vader...

aku dah separuh gila dah...duduk, berdiri, makan, minum semua tak kena...

sampai laa aku jumpa seorang ustaz nih dalam tahun 2013...

Alhamdulillah, 

cuma...kalau boleh aku tak nak jumpa mak aku dah...

banyak suwey kalau aku jumpa!!!

dan...

siapa tahu?

apa benda kat sebelah kau tu?

HA HA HA!!!


Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman