Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Khamis, 18 September 2014

Caca Marba La kau!


Masalahnya manusia bila ada Tuhan dia selalu sangka buruk dengan Tuhan dia sendiri...sebagai contoh, kalau buat silap sikit pun dah kira macam celaka dah hidup dia...pasal dia takut sangat azab Tuhan turun  kat dia...aduhai!!!

Sebagai contoh, ada juga ulamak-ulamak tersohor kononnya yang bikin fatwa bukan-bukan, lepas tu memberatkan manusia dengan macam-macam benda yang menakutkan dan menyatakan bahawa...Tuhan tu sangat jealous dan diktator! Tgk video lucah, Tuhan tutup pintu hati 44 hari...maka 44 hari tu kau bebas jadi setan, kau bebas bunuh orang, maki hamun orang...lepas 44 hari kau bertaubat laa, sebab Tuhan dah bukak balik pintu hati kau...apa kau kira Tuhan lalai ke apa kau buat??

Pemikiran macam ni laa sebenarnya mengembang biak dan menyuburkan atheism dan apostasy...orang dah bosan nak ikut ulamak-ulamak setan nih sampai habis semua rahmat Tuhan dah tak ada makna, dosa masing-masing laa dengan Tuhan...Tuhan ada bagi talian hayat pakai laa...siapa engkau nak pandai-pandai kata Tuhan tak terima amalan kau, Tuhan loyar buruk macam kau...kau amal ilmu kau sendiri sudah laa...kalau kau rasa filem lucah tak sesuai untuk kau, kau jangan tengok...bukan semua orang ada iman tinggi macam kau...ha ha ha ha!!!

Dan akhirnya, aku malas dah nak bising-bising...karang bapak aku pulak dituduh tak pandai ajar aku...kesian bapak aku...

he he he!


Jumlah Paparan Halaman