Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Jumaat, 19 September 2014

Stranger in a strange land...was he?


Ada beza antara orang yang tak reti campur orang lain dan orang yang MEMILIH untuk tidak campur orang lain...mungkin kita nampak kalau orang tu duduk sorang-sorang dan mungkin juga kalau blog dia tak ada komen dan tak ada pengikut maka kita kategorikan dia "kera sumbang"...

tapi kita tak pernah fikir kalau orang macam ni dia campur orang, ada dua kemungkinan...

samada dia akan:

i) dibakar hidup-hidup macam witch of salem
ii) dikutuk dan dicerca sebab moraliti dia tak sama dengan orang lain...apa yang dia nampak, orang lain tak nampak...

maka sebenarnya orang nih MEMILIH untuk jadi stranger in a strange land...ada beza dengan orang yang dipulau dek orang lain sebab dia tak sama kepala otak dengan orang lain...

dan biasanya orang cenggini, they got nothing to lose...bagi depa, conformity kepada masyarakat akan menafikan purpose depa untuk wujud...

dan jangan kau kata orang yang pendapat dia pelik dari kau, dia gila atau ada masalah mental...sebab sebenarnya kau cuma nampak tiga dimensi realiti aje...tapi orang macam nih...dia tutup mata aje...dia nampak 11 dimensi atas bawah depan belakang...

siapa kau nak nafikan kewujudan orang macam nih kalau Tuhan sendiri dah menyatakan kewujudan orang macam nih dalam dua situasi yang berbeza??


Kata orang..."safety in numbers"...realitinya...keselamatan itu hanya ada pada Tuhan aje...kau percaya Tuhan...kau tak akan rasa duckacita sebab tak ada orang nak ikut kau, like kau atau pun mungkin memuja kau macam Tuhan...orang yang suka ikut buta-buta aje macam nih bagi aku...LoSER!

dan akhirnya...Tuhan sendiri pesan dengan Nabi - "janganlah engkau terpengaruh dengan kehendak "mereka" itu".

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).


macam aku selalu cakap - "kau akan tahulah tempat kau di mana nanti!" 

ha ha!

Jumlah Paparan Halaman