Bersihkanlah diri kita dari syirik!
Syirik nih bukan setakat membuat berhala tanpa ada nas...syirik juga termasuk dalam membayangkan dan mengandaikan sesuatu tanpa ilmu...tak faham? Kalau kau tak ada ilmu jangan memandai nak kata dalam syurga ada karaoke!
syurga dan neraka yang kita jumpa ni semua andaian orang bijak pandai dalam karya seni depa, terutama seni lukis ala-ala Gothic yang sangat expressionist!
Kau tak boleh bayangkan syurga dan neraka tu macam mana...tapi kau boleh rasa dan preview perasaan syurga dan neraka tu macam mana...aku cadangkan kau masak air, dah panas kau tuang air panas tu atas kepala kau...rasa sakit yang kau rasa tu pun belum tentu boleh mengandaikan panas membahang api neraka tu macam tuh...besar atom pun tak boleh...tapi kalau kau curah air panas tu pun kau dah rasa tak boleh tahan...tak payahlah kau bayangkan neraka tu macam mana!
paling best kita dah digula-gulakan dek syurga dan neraka versi Hollywood yang tak ada asas ilmu langsung! Senang-senang aje kau nak bayang dalam syurga kau ada kepak, ada halo atas kepala...figura yang sangat hebat!
Lepas tu lagi best ada orang beragama sebab dia rasa nak yang sedap aje...buat amal ibadah bebanyak konon nak masuk syurga...Allah sayang laa kan? Masuklah syurga! That is Sigmund Freud acknowledging his theory!
Tapi dalam Quran Allah sebut..."wahai nafsu yang tenang"...Dia tak cakap - "wahai nafsu yang kuat ibadahnya!"...
Nabi Ibrahim mintak Allah tetapkan syariat sebagai satu petunjuk yang kekal...supaya kita tak teraba-raba dalam gelap macam munafik...Nabi Ibrahim bina Kaabah atas petunjuk Allah Taala, kedudukan Kaabah tu memang tepat atas cakerawala yang dibuktikan dalam Sains dan even Google di mana ia terletak dalam latitud dan longitud cakerawala yang align dengan seluruh alam...Amal ibadah kau tak sampai pada Allah Taala pun, kualiti dan kuantiti tak ada makna sebab Allah tak wajibkan kau ibadah hanya sebab nak dapat pahala dan masuk syurga...apa faedah Allah nak buat kita macam tu? Bukan ke malaikat dah ada untuk jalankan tanggungjawab tu?
Tuhan jadikan kita untuk kita belajar, tanggungjawab kita sangat berat...malaikat pun tak sanggup...kita hidup bukan setakat nak masuk syurga aje...lebih dari itu...kita hidup untuk membuktikan pada malaikat dan Azazil bahawa...we are worthy of our Father's love.
Dan apabila tiba-tiba dalam kecacamarbaan dan chaos kau jumpa ketenangan...kau sudah masuk selangkah ke dalam syurga. Kau dah berada dalam syurga walaupun jasad kau masih di dunia...jiwa kau dah awal-awal masuk syurga kerana kau sudah tak nampak dosa dan pahala, syurga dan neraka kerana disaat orang lain merasa resah gelisah, gundah gulana dan berpiket di hadapan Putrajaya nak paksa Najib lupuskan GST...kau masih merasa tenang jiwa dan tak goyah nak campur orang yang hanya bertuhankan sexual dan aggressive drive nya nak membantah...kerana engkau dah dilucutkan Tuhan akan perasaan itu dan kau akan jadi macam Sayidatina Mariam yang akan selalu dicurahkan rezeki dari jalan yang tiada diketahuinya!
Ini semua janji Tuhan yang benar...and I am the living proof! Siapa sangka aku yang buta undang-undang boleh makan seorang bekas magsitrate yang berpuluh tahun bergelumang dalam sidang Mahkamah?
...dan Tuhanku akan redho kepada aku sepertimana aku redho dengan Tuhanku! Kita semua bukan lapar syurga, kita laparkan ketenangan dan kesyahduan Ar Rahmaan, Ar Raheem!
PS: Kita suka lihat kekurangan orang lain tapi kita lupa kekurangan kita, kita melihat orang lain dan kekurangan mereka macam satu Freakshow yang menghiburkan! Kita menegur kononnya prihatin tapi kita sebenarnya dalam psike cuba nak menunjuk pada dunia bahawa kita hebat kerana kita tidak freak macam depa...padahal mungkin Allah Taala melihat kitalah freakshow yang paling layak masuk neraka!
Berhati-hati bila bertindak...jangan taksub menyelimuti diri..."Hai orang berselimut..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan