(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama aku petik sebenarnya memetik bahawa kaum terdahulu yang terpengaruh dengan sihir dan ilmu hitam yang diajar dari Tuhan yang diturunkan melalui Malaikat Harut dan Marut sebenarnya menyebabkan kaum terdahulu MENGUBAH maksud dan keterangan yang ternyata dalam KALAM ALLAH...(maksud KALAM = THE WORD = THE BEGINNING = (dalam sifat 20 = wujud, qidam dan baqa')...dan sebenarnya sifat 20 itu ialah extension dari pemutarbelitan ilmu KALAM ALLAH yang sebenarnya adalah SATU TANDA tapi diubah dek pendita yang terer nih menjadi satu bentuk "penindasan" manusia ke atas manusia lain yang akhirnya lari dari maksud "ISLAM" yang sebenar...ajaran ini kemudian di doktrinkan pula kepada ustaz-ustaz, ulamak-ulamak Freemason nih yang menopengkan ajaran Islam sedia ada menjadi ajaran Islam yang patut diikuti sebagaimana dalam ayat di bawah :

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Pemimpin itu mengambil maksud, siapa yang kau percaya sangat dalam dunia nih? Kalau kau percaya parti, itulah pemimpin kau diakhirat esok...dan siapa yang percaya dan mahu dipimpin inidvidu maka individu itulah pimpinan dia nanti...dan semua yang mengikut ini akan dipimpin pula oleh satu entiti yang sangat jahat iaitu BAPAK SETAN!
Ayat kedua yang aku ambik di atas ialah kaum yang telah ALLAH pilih dari kalangan yang dikasihiNya selepas ketiadaan Muhammad SAW, kaum inilah yang tinggal sedikit aje lagi...yang akan menerangkan kepada manusia apakah dia Illuminati nih dan sebenarnya apa dia KEBENARAN? Dan kaum ini akan dipimpin pula oleh MUHAMMAD yang tidak pernah mati malah tetap hidup dan diberikan rezeki...MUHAMMAD inilah yang akan memperakui kebenaran bawaan "kamu" yang disebut Allah dalam ayat di atas. Pada ayat itu juga dijelaskan prinsip Kiblat dan di manakah kiblat yang sebenarnya.
Sebenarnya dari awal memang kita semua mempunyai satu kepercayaan, kita percaya kepada satu Tuhan dan kita kenal Tuhan itu apa...tapi masalahnya along the way Tuhan sudah menyatakan sunnah bahawa kita manusia hidup di dunia nih akan diberikan ujian dan dugaan...jalan manakah kau nak pilih sebab antara jalan yang lurus ada jalan yang bengkok!
Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;
dan salah satu dakyah Illuminati ini ialah mengajarkan kita sifat 20...yang mana sebenarnya mereka dah kecewa untuk "memberhalakan" Allah Taala...makanya diserapkan secara halus satu fahaman sifat 20 supaya kita boleh meneka-neka dan memikir-mikir...macam mana Wujudnya Allah? Macam mana Qidam Allah??
Maka sekaligus...benarlah ayat Quran di atas...!!!
dan jauhkanlah dirimu dari sifat 20 tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan