Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Selasa, 18 November 2014

Pemfailan Kebenaran Merayu Ke Mahkamah Agung Version 2

Memohon Alasan Penghakiman Kes Mahkamah Rayuan Q-01-134-04/2014

Dato' Mohd. Hishamudin bin Haji Mohd. Yunus (hishamudin@kehakiman.gov.my) Add to contacts 10: 55 AM 

To: shaffarizan mohamad

hishamudin@kehakiman.gov.my


Encik Shaffarizan,

Saya ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pengagihan alasan penghakiman, bagi alasan penghakiman yang dimaksudkan itu akan disediakan oleh YA Datuk David Wong Dak Wah.  Walaubagaimanapun, YA Datuk David Wong sekarang ini 'on medical leave' dan tidak dapat menyediakan alasan tersebut.  Beliau akan menyediakan alasan penghakiman tersebut setelah beliau kembali semula untuk bertugas.Untuk mengetahui apa-apa perkembangan tuan boleh menghubungi Setiausaha Yang Arif di talian 03-88803758 (Encik Wahid bin Abdullah).

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

(Dato' Mohd Hishamudin bin Md Yunus) 


From: shaffarizan mohamad [eddeved@hotmail.com]

Sent: Wednesday, November 12, 2014 9:25 PM

To: Dato' Mohd. Hishamudin bin Haji Mohd. Yunus; Datuk David Wong Dak Wah; tgmaimum@kehakiman.gov.my

Subject: Per: Memohon Alasan Penghakiman Kes Mahkamah Rayuan Q-01-134-04/2014


May it Please My Lord/Lady,


Saya, Shaffarizan bin Mohamad, ingin memohon salinan Alasan Penghakiman dengan kadar segera untuk memudahkan saya memfailkan kes sivil ke Mahkamah Persekutuan atas nasihat Presiden Mahkamah Rayuan.


Sekian, Terima Kasih.

---------------------------------------------------------------------------

Aku dapat ini selepas aku email Tuan Shamsul Bolhasan kerana memberitahu dia aku dah failkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan...ini wife aku punya kerja...dia sanggup pinjam duit along untuk pastikan aku merayu! 


Aku dah marah tahap neraka hijau dengan pak mertua aku...seriously aku rasa kalau dah tahap wife aku meminjam dengan along...kau rasa apa dan dimana tempat bapak mertua aku kat sana? 

Aku akan pastikan kemenangan hakiki bilamana aku melawan kerajaan Malaysia di Mahkamah Agung nanti...aku tak kisah, aku dah kaji semua kes aku dan aku sangat yakin untuk menutup "seal" yang aku dah bukak kerana kalau aku tak lawan di Mahkamah Agung, nasib probationer kerajaan Malaysia lepas nih tak ada terbela...kes aku akan jadi satu kes "binding principle" yang bagi power kepada Kerajaan Malaysia untuk tamat perkhidmatan mana-mana probationer yang dia orang tak suka...

Dan aku akan lawan dengan bantuan seorang peguam yang sangat hebat...ya, aku selama nih pun dibantu oleh peguam nih juga...tapi kalau kat Mahkamah Agung, dia kena keluar lah...tak ada hal...aku tgh usha duit KWSP aku untuk bayar fee dia...tak banyak...RM30,000 aje ha ha ha ha! tak pa sebab aku yakin aku akan menang!

ha ha ha!





Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman