Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Rabu, 5 November 2014

Ujian = Bulian?

Membuli ini adalah gaya hidup. Tak membuli, hidup ini menjadi boring. Tuhan membuli makhluk. Makhluk membuli sesiapa saja yang layak dibuli. Ini bukannya masalah. Ini adalah budaya dan hiburan. Bagi yang berpengetahuan agama, dibuli orang yang tak tau asas agama dengan berbagai gaya untuk mengkepalabutuhkan orang lain.

Ini adalah sunnatullah dan akan berkitar dari awal nabi Adam AS hinggalah pada hari Mahsyar sendiri. Buli ini tiada kesudahan dan ianya adalah sebuah hiburan ringan mahupun berat.

Di pejabat, anak buah dibuli orang atasan. Ada buli fizikal dan ada buli mental dengan melambat-lambatkan naik pangkat dan gaji. Ini untuk menambahkan keseronokan hidup.. Begitu juga polis dan sesiapa yang berkuasa. Dihentakkan kepala sehingga berkecai untuk memenuhi fitrah manusia dan fitrah tuhan membuli sesiapa yang diingini.

Pada aku, buli ini adalah keperluan dan kita hendaklah berusaha mengekalkan budaya buli dan hentak kepala sesiapa saja sesuka hati kita kerana ia adalah adab-adab hidup bertamadun. Jika duduk diam-diam, tamadun sukar berkembang. Jadi kalau boleh hentak kepala orang sekeliling kita, ianya sunat muakkad dan mendapat pahala tanpa henti.
Balas
Balasan
  1. hati2 komen bro... silap komen boleh jatuh kufur
  2. Apa pulak komen dan kufur? Komen tu komen la. Kufur tu kufur la. Satu benda yang berbeza. Ianya ibarat kentut dan tayar lori. Takkan terkentut tayar lori boleh tercabut?
  3. Kawan, biarkan dia komen...ada betulnya tuh! Aku explain, Sunnatullah nih bukan tertumpu pada satu ruang kanan aje. kiri kanan dia bantai...kalau ribut taufan jahanamkan satu kampung...itu Sunnatullah tu! Kalau tak percaya lagi kufur...kalau kau kata...alah! itu bencana alam aje tuh...kena ingat kawan, ada sebut dalam Quran yang menurunkan kekacauan semulajadi nih semua atas perbuatan manusia sendiri...jadi itu macam what you give you get back lah!

    Tapi dalam kita mempersoal Sunnah Allah nih ada baiknya kita pandang kepada satu perkara..."kalau pokok tak goyang, tak ada angin"...check diri sendiri dulu mana laa tau ada termakan hak orang ke, terambik hak orang ke...itu sebab Tuhan turunkan Sunnah kita kena buli...tapi kalau tak ada, makanya kita nih keturunan para anbiya' yang akan dibuli orang kafir sehingga hari kiamat, sebab Allah dah bagi sebab. para rasul, nabi dan orang beriman akan diberikan musuh dari kalangan manusia sebab dengkinya depa pada manusia...aku setuju...semenjak zaman Nabi Adam lagi dah terbukti Qabil membuli Habil...kat mana yang jatuh kufurnya?
    Padam
  4. Jatuh kufur bila menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak untuk-Nya. Sejak bila dalam al-Quran atau as-Sunnah ada bagi tau Tuhan BULI makhluk? Maha suci Allah dari sifat yang tercela ini. Allah menguji makhlukNya bukan membuli. Hati-hati bg komen bro dan jangan byk merapu sgt.. noob jgn biar komen camni.
  5. Jatuh kufur bila menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak untuk-Nya. Sejak bila dalam al-Quran atau as-Sunnah ada bagi tau Tuhan BULI makhluk? Maha suci Allah dari sifat yang tercela ini. Allah menguji makhlukNya bukan membuli. Hati-hati bg komen bro dan jangan byk merapu sgt.. noob jgn biar komen camni.
  6. Alhamdulillah, ramai dah ustaz dalam blog hang noob...hati-hati noob...kena jaga adab sopan nih ha ha!
    Padam
  7. aduhai. ada bahan aku nak tulis dalam blog aku nih...thanks! hebat ustaz nih dia boleh kata sifat yang tak layak untuk Allah...Allah ada sifat rupanya? ada jisim? aduhai..sedap nih aku kena kan nih...kejap lagi aku up kat blog aku...ha ha ha! huh! best, banyak idea selalu jalan kat blog noob nih! ha ha! aku gila, aku gila...gila isim he he!
    Padam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi aku melawat blog Noob, aku terbaca laa komen mamat nih pasal Tuhan pembuli...aku komen lepas tu aku cakap memang betul...Tuhan suka buli kau...Tuhan buli kau sebab Dia sayang kau...kalau Tuhan tak buli kau, Dia biarkan kau sesat macam mana kau nak faham kenapa Tuhan buli kau?

last-last ada sorang ustaz nih sudah masuk daun, dia nih nampak macam pandai...siap boleh hasut noob lagi, hati-hati orang macam aku...katanya "jangan biar komen macam nih"...kesian ustaz. sudahlah "membodek" Tuhan dengan mengatakan tidak layak sifat Tuhan begitu begini...last-last dia perasan Tuhan nak kasi dia tiket masuk syurga sebab bodek Tuhan kot?

Dalam Quran memang Tuhan ada sebut - "kenapakah engkau mensifatkan Tuhan dengan perkara yang tidak layak bagiNya?" Satu benda kalau Tuhan tanya soalan cenggitu Dia dah bagi jawaban dah kat kau...ni Tuhan merujuk orang Yahudi bilamana Yahudi cakap pada Nabi - "Sesungguhnya Tuhan tidak menurunkan apa-apa jua pun"...Yahudi tempelak nabi sebab dia orang rasa nabi bukan grup depa...bukan Yahudi, depa panggil Goyim...tak layak nak dapat apa-apa pun malah menipu aje...

and then Tuhan tempelak dalam Quran..."siapa kau nak sifatkan Aku macam mak bapak kau sifatkan Aku?" Mak bapak yahudi nih dah syaratkan bahawa pertunjuk Tuhan hanya dibagi pada Yahudi aje malah depa tuduh Allah Taala tu kikir, kedekut sebab bagi petunjuk dengan depa aje tak bagi dengan orang lain, maka Tuhan buktikan tuduhan depa dengan mengatakan - ini Quran ni apa? tulisan abah kau?

Baca Quran ikut konteks bro ustaz celupan tiket ke syurga!

Bila aku sebut Tuhan itu pembuli, kau tgk secara hakikat yang dalam, Tuhan sendiri mengakui Dia suka buli kita...sebagai contoh - Tuhan nak uji iman kau bilamana kau melatah tak kalau Tuhan tarik rahmat Dia dari engkau, macam Nabi Yunus, punyalah panas hati kawan tetiba dia tinggal aje kaum dia...Tuhan buat apa? Tuhan panah petir kat dia ke? Tak! Tuhan masukkan dia dalam perut ikan kasi baru ada akal...

Aku faham, ustaz-ustaz macam kau orang belajar teori aje, orang yang belajar dengan Tuhan dia tak main dah teori nih dia praktikal terus! bila praktikal tu dia kena buli aje laa...

Kalau kau lihat pembulian tu dari sudut negatif maka negatif laa jadinya...tapi kalau kau lihat dari sudut hikmah...kau dapatlah ilmuNya...

aku yakin budak pompuan Kelantan yang kena buli tu lepas nih mesti dia sedar diri, lepas nih dia pi Siam belajaq Tomoi...kau bulilah dia lagi! kalau kau nak merasa!

Kadang-kadang Tuhan buli kita untuk kita sedar diri dan move on to another level ya ustaz!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman