Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Rabu, 5 November 2014

Sifat 20? 20 aje?



A020
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


A027
Katakanlah lagi: "Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Ada satu ajaran menyimpang nih, katanya untuk kenal Tuhan kena faham Sifat 20, laaaa...aku dulu lagi dah belajar dah sifat nih tapi sekarang aku campak ke longkang sebab ini bukan sifat Tuhan!

Wujud lawannya Adam (abah dia!)
Qidam lawannya errrr...
Baqa' lawannya errrr...

ni ustaz mana ajar nih?

Kalau ada sifat Tuhan yang disebut dalam Quran itu sekadar perumpamaan yang nak bagi manusia faham...sebab ada manusia nih dia kena kasi gula-gula, kena kasi gertak...ada manusia ni peringkat-peringkat faham dia mana sama...maka kalau Tuhan tak bagi perumpamaan begini (sampai seekor nyamuk pun Tuhan tak malu bagi perumpamaan!) maka ada yang jenis perasan bagus tu sampai mati laa dia dok ukir berhala nak tunjukkan sifat-sifat Tuhan...

Allah Taala tu bersalahan dengan segala yang baharu - err...ni salah satu Sifat 20 katanya! mana boleh Allah Taala bersalahan!? Kalau bersalahan tu dah kira error dah tu! God should not be fallible! and gullible! Macam mana kau kata Allah bersalahan dengan segala yang baharu sebab maksud baharu tu pun Allah yang bagi?? Kalau sel otak kau tak berhubung takat tu aje...so macam mana Allah nak perbaharui sel otak kau kasi ada akal sikit? Sikit aje tau!

Qudrat - berkuasa! kuasa macam mana? Kalau dah ada kuasa kau kena bayangkan pulak e=mc2! Boleh ke? ni dah masuk bab sains dah nih? Relativity Theory!

Nak tau sifat Allah macam mana -

"Katakanlah, Allah itu esa, menjadi tumpuan sebarang makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan tiada diperanakkan dan tidak ada sesiapa pun serupa denganNya!"

Ada akal sudah?

Bila Inspektor tu tanya profesor tuh - where is Lucy?

tetiba handphone dia keluar sms - I AM EVERYWHERE...

so? 

I AM LEGEND! 

ha ha! sempat lagi tuh!

korang nih apa-apaan sih! belajar agama tiang aje...basic hancus lepas tuh memandai kasi hukum yang Tuhan tak pernah bagi pun! Dah lah tu rasa tak boleh terima tuduh aku gila sakit mental...aduhai! kesian kau orang! tak per teruskan amalan korang...tak kisah lah sifat 20 ke 99 nama ke (yang nih amalan Yahudi nih...Tetragrammaton, katanya Tuhan ada lebih dari 3000 nama...yang nama paling glamour dan sensasi - Hasheim...itu sebab nama anak aku Mohamad Edhrie Hasheim...ha ha ha! Manusia terpuji yang mengenal Tuhan...he he!

Aku dah sampaikan, kerja aku dah selesai...pi report JAKIM pi! Aku takut ka?

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman