masih lagi kes anjing...oh bukan, aku bukan peminat anjing...cuma aku teringat...kadang-kadang Tuhan bagi perumpamaan macam nyamuk umpamanya...bukan niat Tuhan menghina makhluk ciptaanNya...Dia bagi perumpamaan supaya kita mengambil contoh perumpamaan itu...tidak semestinya Tuhan firmankan anjing menjelir lidah untuk diumpamakan perangai manusia fasik seolah-olah anjing itu semuanya fasik juga! Kalau begitu Tuhan tidak adil kerana anjing tidak berakal dan dia tidak tahu menjelir lidah itu satu kesalahan dan dia diumpamakan macam orang fasik! Maknanya anjing pun liable kena azab macam si fasiq jugalah ye?
Tapi aku heran sial! Kenapa ulamak nih tak pekenakan keldai? sebab keldai pun ada diumpamakan Tuhan dengan ulamak/pendita yang ada kitab tapi macam keldai...
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman 31:19)
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
Aku heran kenapa keldai tidak dihukumkan najis? lagi banyak perumpamaan pasal keldai! tapi kenapa ulamak nih semua tak ada hukumkan keldai tu najis ek? dengan suara buruk...perangai macam keldai...tapi kenapa ya?
Ish ish ish! aku tanya kau...ada orang nak buat keldai jadi pet tak? Tak ada kan? jadi tak timbul masalah nak buat keldai jadi pet...tapi aku fikir kenapa? tak ada ke orang nak ambik keldai jadi pet? Lagi pelik...ada orang ambik biawak jadi pet...ular jadi pet...tikus jadi pet...apa pendapat ular mak dalam hal ni? ada nas tak? ada nas mana-mana pendita kitab tak? mestilah tak ada! sebab masa depa semua hidup tak ada nya orang terfikir nak bela biawak...monitor lizard, iguana, anak buaya, ular...malah singa pun nak jadi pet!!
Apa pendapat ulamak pulak pada si bingai-bingai yang bela ular etc nih??
Jadi...sebelum kau hina anjing yang tak ada dosa dengan kau...kau better melihat dari "dalam"...
dan bila kau tahu...kau tak akan ikut ular-mak lagi...
ha ha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan