Sebenarnya kalau kita kaji dan mendalami Al Quran, ianya sebuah cerita yang berlangsung dari awal kewujudan Adam sehingga hari kiamat!
Watak demi watak bersusur galur hingga mencipta satu kemenangan dan mungkin tragedi...dan selebihnya kalau kau lebih memahami dan mendalami maksud Tuhan, ya kadang-kadang kau persoalkan Tuhan, sampai kau mengata Tuhan dengan perkara yang tak sepatutnya kau kata kerana mungkin kau telah berputus asa dari rahmat Tuhan dan mungkin juga cubaan hidup kau terlalu getir, bukan untuk kau tapi untuk orang-orang yang kau kasihi sehingga kau persoalkan Tuhan - "Tuhan, apa dosa mereka sampai Kau perlakukan mereka sebegitu?"
Tapi selain Quran aku juga melihat keluasan maksud lirik-lirik lagu yang membawa kepada aku memahami bahawa sebenarnya...Tuhan ada di mana-mana dan Dia tak pernah lalai dari mengetahui akan kesusahan engkau!
Aku mengakui bahawa kalau aku dibenarkan Tuhan mendapat rahmatNya aku akan tarik Ronnie James Dio masuk ke dalam rahmat bersama-sama aku sebab lagu-lagu dia sangat menginsafkan dan membawa aku kepada pengertian bahawa - "We'll know for the first time, if we're evil or divine".
Ya, Allah telah menyatakan dalam firmanNya, "setiap kali rasul dan orang beriman berputus asa dan menyatakan bilakah pertolongan Tuhan akan datang, maka perhatikanlah bahawa Tuhanmu sangat dekat!"...dan setiap kali aku merasa macam mahu berputus asa...Tuhan akan membisikkan pada aku..."sabar" (keep my eye in your heart and we'll stay alive).
...dan Tuhan menyebut lagi - "Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul dan Orang Beriman".
...dan masih ada Orang Beriman yang percaya benar dengan rahmat Tuhan, terima kasih!
Ini ialah pengucapan terima kasih aku pada orang-orang yang masih ada Tuhan dalam hati mereka, yang melihat jauh ke "dalam"...melihat ke dalam kesusahan rakan saudara walaupun tidak seagama tapi iman kita siapa yang tahu? Mungkin seorang paderi Kristian lebih beriman dari seorang ulamak tersohor kerana keberatannya kepada mempercayai semua perkara berlaku adalah atas rahmat Tuhan. Tuhan yang satu bukan dua atau tiga!
Aku percaya walaupun kau bukan Islam, engkau adalah kaum yang mengasihi Tuhan dan Tuhan juga mengasihi engkau...engkau berlaku lemah lembut pada orang beriman dan tegas gagah terhadap orang yang kufur...engkau tidak melihat kesusahan pada celaan orang-orang yang mencela kerana Tuhan telah tersemat di dalam hati engkau...
dan Tuhan sangat mengasihi engkau sepertimana engkau merasakan kewujudan Tuhan dalam diri engkau...
dan sesungguhnya!
ps: aku dedikasikan artikel ini buat sahabat baikku Christopher Rudy Foong yang juga bekas penuntut Unimas yang juga seorang cikgu di kawasan pendalaman ha ha ha! dan juga kepada semua kaum-kaum yang mengasihi Tuhan dan Tuhan juga mengasihi mereka...sesungguhnya perjuangan kita semakin hampir, usah merasa tercela dengan celaan orang-orang yang suka mencela kerana celaan itu ialah peringatan bahawa Tuhan juga kasihkan engkau...
and then some!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan