Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Rabu, 29 Oktober 2014

kau anti teknologi kalau kau meracau tentang hasil teknologi tuh!



Aku agak kalau facebook, tweeter, myspace apa ke jadah laman sosial tu semua wujud zaman Nabi Muhammad SAW, susahkah baginda mahu menyampaikan petunjuk dan kebenaran? 

Aku assume lah...dan aku percaya di alternate universe yang lain ada dunia di mana masa tu ada nabi dan rasul dan zaman teknologi nya sama macam zaman kita...ya memang aku peminat siri TV Sliders dan aku assume lah kan? Aku ada teknologi tu dan aku sliding ke zaman di mana ada nabi dan rasul masa era teknologi dan internet @ laman sosial...

aku agak...apa hujjah para nabi dan rasul ek di zaman tu? Macam mana nih? Komunikasi makin hebat! dalam beberapa saat kau boleh tau Anwar Ibrahim tengah menyondol siapa? Ustaz Azhar Idrus tengah buat apa dengan bini dia dan aku tgh buat apa dengan laptop aku nih? ha ha!

Kau agak Nabi dan Rasul zaman tu depa pun ada akaun facebook dan tweeter tak? 

Kau agak Nabi dan Rasul pun terjebak tonton video-video meracau kat youtube gak ke? dan kau agak Nabi dan Rasul tuh geleng kepala gak ke macam kau?

Aku rasa tidak!!!

Nabi dan Rasul tetap juga dalam menyampaikan kasih sayang Tuhan kepada semua...aku rasa depa tak akan bukak blog dok kecoh memikirkan - "apa nak jadi dengan bangsa manusia sekarang nih"...atau "kemanakah hala tuju bangsa melayu" atau title blog dia - "ceh! melayu mudah lupa!".

sebaliknya para nabi dan rasul akan divert kepada benda-benda yang membuatkan manusia ingat dan di wake up kick ass repeat kepada Tuhan...para Nabi dan Rasul akan tetap dengan - the good ol' ways...mengajak manusia kepada Tuhan dengan hikmah...dan bukan menghukum atau memperleceh manusia dengan soalan - "apalah kau nak jadi nih! tak takut masuk neraka ke? tak takut mak, ayah, abang, adik, suami, isteri kau masuk neraka gak ke?"

No. they wont say that....sebaliknya para Nabi dan Rasul akan mengambil "hikmah" di zaman itu dan menukarnya menjadi satu perkara yang menyejukkan hati dan menghangatkan jiwa...

dan sesungguhnya "ingat (zikir) kepada Tuhan itulah senjata paling afdhol".

"Ingat kepada Aku maka Aku akan ingat kepada engkau".

Manusia yang bertuhan dia tak akan melihat kecacatan kepada satu sistem kemanusiaan sebaliknya dia melihat kekuatan dan rahmat Tuhan di dalamnya...biarlah Tuhan sahaja menghukum...

Apa? kau nampak kecenderungan orang menonton video lucah dan kau menghukum mereka semua masuk neraka...owhhhh! Tuhan sungguh engkau...aku rasa aku patut menyembah dan takut kepada engkau!

Sebaliknya, seperti yang selalu aku ajukan dan hikmahkan kepada anak-anak muridku..."itu pilihan engkau, aku dah menunjukkan pilihan kepada engkau, kau tanyalah 'diri' kau sendiri.,..".

and then...semua orang tahu bahawa nabi dan rasul tidak pernah akan dipertanggungjawabkan dengan dosa-dosa orang yang tidak mahu mengikut mereka...bukankah ternyata dalam banyak ayat Quran - "akan Aku penuhi neraka jahannam dengan mereka semuanya".

Tugas kita hanya mengingatkan...bukan menghukum...dan kita tidak akan dipertanggungjawabkan Tuhan sekiranya anak perempuan kita tidak mahu mengikut kita, adik kita melawan kita dan ibu ayah kita engkar dengan tanggungjawab mereka...bukan kita yang kena tanggung dosa mereka! Apa KAU MULA MAHU PERCAYA DOKTRIN DOSA BAPAK DALAM KRISTIANITI? Arrrggggghhhhhh!!

dan akhirnya...

kau sendiri sudah tahu tempatmu di mana! Aku sudah! dan aku masih lagi berusaha untuk sampai kepada Tuhan walaupun aku sendiri tak boleh pasti apakah Tuhan akan menghukum aku dengan apa yang aku sampaikan nih!




2 ulasan:

Mikhail berkata...

Lol. Sliders, ni citer lama tapi best giler. Aneh, pelakon utama dia tak popular lagi dah.

Rasa jika ada FB, twitter etc masa zaman nabi, dorg still dgn apa dorg wat. zikir, solat, kuliah agama, tahajud etc.
Tak sangkal, sy sndr pun rasa ianya berat. Hoho..

eddeved berkata...

Sliders...itu memang rujukan aku tuh ha ha ha!

eh! Jerry O Connell last filem dia Piranha 3D, tiga tahun lepas...mamat nih ada lagi cuma dia berlakon dalam filem B-Grade aje ha ha!

Minta maaf saudara kalau saya tersinggung saudara, saya perlu minta maaf sebab kadang-kadang saya "tahu" satu benda dan kadang-kadang saya gelojoh bila berbicara...itu dah satu "hukuman" tu kalau saya salah penyampaian...

Bagi saya, kalau ada rasul dan nabi zaman nih depa akan tetap ada facebook, blog apa semua...sebab saya yakin...Tuhan tak jadikan sesuatu penyakit selain ada ubatnya...hidup sendiri pun ada ubatnya iaitu MATI...

Sebagaimana Quran diolah lebih hebat dari syair penyair zaman itu yang cenderung kepada syair...makanya di zaman ini kalau ada Nabi dan Rasul mesti depa nih ada ilmu semua nih yang boleh cantas semua hujjah-hujjah jahat kat internet.

Kuliah agama sebenarnya term yang di spesifik kepada elemen kepercayaan sahaja...walhal kita pergi sekolah, pergi Universiti...untuk apa? untuk belajar ilmu dunia sahaja kah?

Saya admit saya masuk Universiti, jurusan seni, saya lebih mengenal Tuhan dari seni-seni yang saya belajar, pemikiran-pemikiran ahli bijak pandai yang bukan ahli ugama pun...saya boleh mengupas maksud Nietsczhe, existentialisme dan sebenarnya depa nih bukan ateis pun...depa nih sebenarnya mahu dibelai...mahu dilihat orang...ha ha ha!

"An intelligent man is when he sees chaos...he finds meaning inside the chaos because in there, he will see God, his senses were strengthened and his faith will become...legendary!"

Sebagaimana Muhammad bermula dengan melihat kekacauan intelek di Mekah sebagai satu bentuk kacau bila iman...maka baginda mencari kekuatan melalui kacau bilau itu dengan mengenal...there will never be good without the evil!

Jumlah Paparan Halaman