I may be an asshole for writing this dan mungkin aku nampak macam jilat ludah sendiri...ya tak kisah lah janji aku tahu yang itu ludah aku...tak ada hal...
macam adegan filem Transformers 4 di mana Cade Yeager bersyarah dengan Optimus Prime pasal manusia dan kemudahan yang Tuhan bagi untuk depa buat silap dan belajar dari kesilapan...maka aku akur...aku belajar dari kesilapan.
kalau mamat wake up kick ass repeat tuh tak cari pasal dengan aku maka for sure aku tak kenal dia siapa dan apa kemudahan yang Tuhan dah bagi dengan dia...dan Tuhan sebenarnya dah mengajar aku hikmah dalam mengenal orang...satu ilmu aku belajar dari The Twilight Zone.
ha ha ha ha!
seriously, aku dah tak mau communicate dah dengan mamat tuh, aku dah block semua communication aku dengan dia pasal...aku segan sial! aku segan sebab dia baca semua benda aku tulis dalam blog aku dan sebenarnya dia nak compliment aku ha ha ha!! aku tau macam mana aku minat dia, dia pun minat aku punya tulisan jugak ha ha ha! anyway I open my blog kepada semua orang yang nak mengingat Tuhan...sebab ya, kau boleh kata aku gila...tapi ada orang yang tak akan kata aku gila sebab dia pun boleh "rasa" dan "kenal" Tuhan...orang-orang macam nih yang aku nak "wake up kick ass repeat" kan! ha ha ha!
Dua tiga minggu nih aku banyak belajar, belajar sabar, belajar menerima hikmah dari Tuhan dan belajar bahawa...belum semua benda yang buruk tu Tuhan bagi untuk burukkan kau...
aku nak cerita balik pengalaman aku di mahkamah rayuan moga-moga yang membaca ni akan lebih cinta dengan Tuhan dan kasih dengan Tuhan sebagaimana Tuhan mengasihi dia...
Aku masuk mahkamah pukul 9:00 pagi, kes aku didengar pukul 12:15 tgh hari...berpeluh! Dengan aku masalah sinusitis tak boleh duduk dalam air cond lama-lama...aduh!
Tapi Alhamdulillah! aku pergi depan masa kes aku dipanggil dan masa aku bercakap...aku merasakan bahawa level akal aku dah naik 25%...masa tuh aku dah berada dalam satu level yang tinggi sikit dari level akal aku sebelumnya...aku dah tak sedar apa yang aku cakap...sebab aku sendiri tahu capability aku macam mana...aku mula faham bagaimana Tuhan menolong Nabi Musa yang kurang fasih berbahasa bila berjumpa Firaun...macam mana Tuhan kukuhkan stand Nabi Musa bila dia berhujjah dengan Firaun...memang aku dapat rasakan masa tu aku dah - "playing in a different level"...aku dapat rasa yang bercakap di depan hakim tu bukan aku...tapi satu "lakonan" dari sub conscious level aku yang mengenali Tuhan dan berucap dengan penuh kebenaran dan kegagahan...even Peguam Negara pun gagal bila berhujjah...aku bungkus, kuntau semua hujjah dia...aku tahu kalau hakim biar aku berhujjah sampai habis...aku mesti menang kes nih!
...and then, bila mamat wake up tuh tulis lirik dalam lagu dia..."Aku hanyalah untukMu"...serious aku rasa terkesan bila dengar lagu tu...mamat wake up tuh walaupun dia bertindik di kening tapi dia lagi kenal Tuhan dari aku...malu aku sial! malu gila...dan Tuhan memaksa aku mendengar album dia sebenarnya untuk aku cari salah dia...dan aku boleh bungkus dia kat blog aku...tapi sebenarnya dari niat jahat aku tuh aku dah jumpa satu "makna" - wake up kick ass repeat! ya, I surrender to your will...ya, memang kenyataan dia aku kalah dalam kes aku...tapi sebenarnya Tuhan dah menang...Dia dah membuktikan kekuasaanNya melalui aku...
macam mana seorang manusia buta huruf, gagap boleh diangkat menjadi nabi dan rasul...macam itulah Tuhanku menolong aku...memang aku rasa "presence" Tuhan dalam diri aku dan aku sendiri tak sangka aku boleh bungkus hakim-hakim dan peguam negara dalam masa 1/2 jam!
"Aku hanyalah untukMu"
ha ha ha!
serious kalau mamat Wake up tuh tak meraban...aku tak dapat mesej Tuhan nih...
I give myself to you...
and then??
siapa kita nak kata filem Transformers tu citer kartun bodo?
You connect the dots and you will see the bigger picture!
ada keseragaman (uniformity) dalam teori kekacauan (chaos theory)...
Maka pujilah Tuhanmu!
Amin!
related blogs:
http://natashaedhrieshaffarizan10.blogspot.com/2014/09/to-erris-human-my-friend-18-sx.html
http://natashaedhrieshaffarizan10.blogspot.com/2014/09/yang-ni-memang-aku-minat-part-two.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan