Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Isnin, 27 Oktober 2014

where do we come from, why are we here, where should we go when we die?



Aku merasa sangat empati kepada jiwa-jiwa tersasar yang tidak mengambil Tuhan secara total sebagai tempat merujuk...maaf...aku bukan ada hak untuk mengata orang kerana aku juga sedang dikata orang...tapi wajarlah aku berikan perasaan aku supaya sesiapa yang membaca ini akan faham kenapa sebenarnya kita wujud?

Permasalahan kita memang dah lama terungkap semenjak zaman Adam lagi...kita selalu blur dan rasa macam haram bilamana kita melalui jalan-jalan kehidupan ini. Kita rasa mahu bertuhan, sedangkan orang yang katanya Ateis itupun bertuhan juga...tuhan kepada nafsu dia sendiri...itu cara kau menterjemah Tuhan kepada diri kau sendiri...sebab Tuhan tu ada di mana-mana.

Ada orang mengagungkan Tuhan dengan membikin sosok-sosok patung yang dinamakan berhala, ada orang mengambil seorang manusia suci menjadi wakil Tuhan dan digelar mereka, anak tuhan...ada orang menyatakan api itu Tuhan dan macam-macam benda yang dia nampak semua dikatakannya sebagai Tuhan...apa sahaja benda yang memberikan kesan mendalam kepada mereka, mereka katakan itu Tuhan...macam aku...aku "nampak" Tuhan bilamana aku menonton filem...kau boleh datang rumah aku dan kau nampak koleksi bluray aku lebih banyak dari koleksi baju dan seluar aku...ha ha ha1

Ya, semua orang bergantung kepada Tuhan...dan ada orang kata untuk mengenal Tuhan kena ada ILMU...dan ILMU itu apa? Bagaimana kita sukat? bagi aku ILMU itu satu - "kalimah" yang disebut dan janji Tuhan yang disebut...itu aje...tak payah susah-susah nak cari ILMU lain sebab ILMU itu dah dimasukkan Tuhan pre-installed dalam hati kita...- keep my heart in your eye in we'll stay alive.

Ada orang kata...ilmu tak cukup jangan memandai-mandai...kena ikut orang yang ada ilmu...masalahnya...adakah kita terikut resam kasta? adakah kita mencampurkan hak dengan batil? Tidak mampukah kita mencari makna kita sendiri sehingga kita perlukan orang untuk suluh akal kita? Ya. aku tak menafikan kau perlu ada guru...aku bekas cikgu jadi selalu aku terapkan nilai-nilai ilmu kepada anak-anak murid aku...apa nilai ilmu aku? Aku selalu suruh anak murid aku berfikir, mengenal dan kemudian memilih...tak semestinya kau kena ikut apa aku suruh kau buat...aku berikan kau pilihan, kau pilihlah ikut hati dan nafsu kau...kalau kau rasa boleh bawa dan sesuai dengan jiwa kau...kau bawalah!

Seorang guru yang baik ialah guru yang mendidik, bukan memimpin, guru yang hebat ialah guru yang tidak jumud dan merasa hanya jalan dia yang perlu ditunjuk dan diikut! Aku menjadi guru selama 5 tahun namun tak pernah sekalipun aku suruh anak murid aku ikut aku! Aku bagi mereka pilihan dan aku suruh mereka memilih...

Aku tak kisah kalau ada yang cakap...kita perlu dipimpin dan ditunjuk, terpulang...kalau kau suka dipimpin dan ditunjuk maka kau ikutlah...tapi aku minta maaf...aku bukan jenis manusia yang suka dipimpin...jiwa aku jiwa bebas...dan aku yakin pegangan aku betul jadi aku cuba explore apa kemungkinan yang berlaku...sebab jiwa aku bebas maka "bebas" juga Tuhan menduga aku dengan bermacam-macam benda!

Hidup ini terpulang atas diri sendiri...kalau kau rasa buat maksiat, buat dosa...satu keperluan maka kau buatlah! Tapi kau jangan menghukum orang yang tidak berbuat dosa sebab mereka juga ada hak mereka untuk melaksanakan apa yang mereka suka! Mereka juga ada hak dari jiwa bebas yang Tuhan berikan kepada mereka...jangan fikir pasal masuk neraka ke masuk syurga...kalau kau yakin Tuhan ada bersama kau...kau perlu ilmu apa lagi...ILMU SEGALA ILMU ada bersama engkau! Dan Dia akan membisikkan hikmah ke dada engkau dan Dialah yang memberikan adab akhlak baik dan sopan santun kepada engkau tatkala engkau dibantai beratus-ratus peluru tak ada mata...

Perlu apa kepada ilmu kalau ada Tuhan bersama engkau?


Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman