Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Khamis, 9 Oktober 2014

lagi lima hari sebelum nasib aku ditentukan...

semalam kawan baik aku masa kat Unimas telefon aku, tanya khabar...dah berapa tahun dah dia lost contact dengan aku, dia ada tanya pasal kes aku...aku cakap lagi lima enam hari kes aku didengar kat court...

aku dah prepare dah...dah rasa macam bersedia sangat nak menjawab soalan-soalan dan maki hamun tuan-tuan hakim yang arif...aku selamba...demi anak aku, aku redah juga!

ramai orang kata penglibatan bapak mertua aku dalam menjayakan nasib aku tak ada kerja nih, tapi aku sampai sekarang masih tak percaya...aku tak nak terpengaruh dengan pendapat orang...

hidup aku mudah, kalau ikutkan aku, aku dah malas nak turun naik mahkamah...aku tak larat...tapi nasib anak dan isteri aku siapa nak perjuangkan...?

inilah ujian Tuhan terhadap aku...tapi aku redho...

aku sampai sekarang masih tak boleh nak rasa macam nak balas dendam ke, nak vindicate balik apa orang buat pada aku...pada aku semua perbuatan khianat orang pada aku, aku maafkan...aku tak boleh nak rasa marah, kalau marah sikit-sikit tu biasalah...tapi kalau nak marah simpan dalam hati lepas tu tunggu masa sesuai nak balas...owhhh...that is so not me!

aku cuma harap enam hari akan datang akan memberikan berita dan khaba gembira buat anak dan isteri aku...as for me aku dah rasa puas dah menjalani 41 tahun kehidupan dan aku dah memahami sebab kenapa aku hidup...jadi aku tak ada benda pun nak mintak dengan Tuhan lagi...

cuma aku mintak dengan Tuhan agar anak dan isteri aku mendapat kekuatan menghadapi bala dan rintangan hidup dunia nih dengan pemahaman dan hikmah sebenara dari Tuhan...

at the end of the day...

we will know who we are!


Jumlah Paparan Halaman