Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Rabu, 15 Oktober 2014

Today is my big day!


Aku ada rasa yang paling tenang pagi ini...

"Aku hanyalah untuk Mu"...

pagi nih aku akan pergi ke mahkamah...untuk merayu kes reinstatement aku...

I will update it here...

__________________________________

kes aku didengar jam 12:15 tgh hari...

keputusan?

kes aku kena dismiss...

tak ada masalah...yang penting aku kagum dengan diri aku sendiri...sebab dari sudut teknikaliti, aku dah balun semua...mencungap juga Senior Federal Counsel nak menjawab...dia tala tang nih, aku tala tang tu...semua argument dia aku bungkus...in moral terms...aku dah menang...

petanda bila Tuhan nak turunkan bala ialah apabila kau kufur dengan hakikat kebenaran...kau kufur dengan kebenaran bahawa kau salah...

kau fikir?

kalau depa menang bermaruah...kenapa depa tak mintak kos? Sepatutnya depa mintak kos...kan? 20 ribu ke? kau ingat aku ada duit nak bayar??

yes, I am born to become a lawyer...selamba aku jawab...hakim-hakim tu aku nampak besar, kecik, besar, kecik aje...

paling best bila aku argue part - "not bound to confirm" tuh, aku invoke article 135(2)...huh! bergaya sial! bergaya betul...bangga aku! aku cakap termination simpliciter and termination in the interest of the public had to be distingushed...the latter dealt with misconduct that had been proven or recorded in writing...hakim pun berpeluh...dia pandang aku dan mungkin masa tu dia fikir - "kurang ajar mamat nih...apa aku nak tipu lagi nih?"

hakim pun tak boleh cakap apa...tapi sebab kau orang fahamlah...mahkamah tu kerajaan punya, gila apa depa nak bagi aku menang? 

tak ada hal...tapi aku rasa Tuhan akan bagi yang lagi elok untuk aku...

err?? you think? 


aku tunggu bala Tuhan turun kat engkau...ha ha ha!

aku dah tau memang Wakil Peguam Negara tu dah malu dengan aku...ya semalam dia senyum dengan aku...tak pernah-pernah dia senyum dengan aku...selalu muka ganas aje...

he knew...I dont blame him, he was just doing his job...

yang penting aku dah berusaha...

lepas nih??

Tak ada hal...

rezeki Allah beri ada di mana-mana.

memang kalau aku pakai wahyu Tuhan sekalipun aku tak akan menang...memang aku tak boleh menang...sebab dah ditakdirkan aku tak akan menang walau macam mana pun keadaannya...Nabi Musa menang ke argument dia dengan Firaun?? tak kan? lepas tu apa jadi?? The seventh plague pun turun...


2:6
Sahih International
Indeed, those who disbelieve - it is all the same for them whether you warn them or do not warn them - they will not believe.
2:7
Sahih International
Allah has set a seal upon their hearts and upon their hearing, and over their vision is a veil. And for them is a great punishment.

hari tuh soalan UPSR bocor...lepas ni apa pula bala turun kat KPM? gasak kau laaaahhh!!!


life must go on...

ps: now aku faham kenapa kawan baik aku cakap malam tuh..."aku tau kau nih genius, brilliant Zan, tapi aku kesian dengan kau..."

thanks man! thanks for the update, aku memang tau dah pun!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman