Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Jumaat, 25 Julai 2014

Serious...Rick Grimes memang satu kepala dengan aku ha ha ha ha!!!


Aku bukanlah peminat tegar / serius . gila b**i / tahap mental / space cop gaban siri tv nih...aku tak ikut secara langsung dari season 1 sampai 4, tapi bini aku sangat suka dengan zombie sampaikan apa aje benda kena mengena dengan zombie dia mesti suka!!!

Semalam bini aku tonton season 4 siri tv nih...aku pun sekali duduk dengan wife aku sambil letak paging pada Rekod Rayuan Mahkamah aku...ha ha!

Tapi...pada mid season finale siri nih...masa mamat "Governor" tu nak berjihad perang dengan kuncu-kuncu Rick Grimes...ada satu khutbah / syarah Rick Grimes yang buat aku rasa syahdu...aku rasa macam nak menangis siott...sebab terkesan sangat dengan kenyataan dia...serious Rick Grimes dengan aku ialah antara para "stranger in a strange land" yang tak suka pada kekasaran, keganasan dan kejahatan...

antara isi-isi katanya (antara yang aku ingat dan aku sampaikan secara bebas) :

"semua manusia dalam dunia ni tak akan terlepas dari buat silap, sebab sifat manusia itu sendiri tidak sempurna dan biasa membuat silap, tapi ada jalan untuk manusia kembali kepada diri dia sendiri walau banyak mana pun dia buat silap...sesiapa yang suka kepada kebaikan...maka dia adalah saudara kita dan aku yakin semua manusia dalam dunia ni pernah buat kejahatan...tak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan"

lepas tu aku tengok orang tua yang nak kena pancung kepala tuh senyum dengan mamat Rick Grimes nih, sebab aku yakin dalam senyuman dia tuh, dia dah berjumpa dan melihat Allah Taala di depan mata "hati" dia...dan senyuman orang tua tuh yang buat aku rasa...aduh!!!

dan akhirnya setan bernama Governor itu mewakili perasaan manusia yang suka kepada kejahatan...melepaskan isyarat perang dan akhirnya...dua-dua mampus!!!

...dan pada petang itu zombie-zombie bikin kenduri!!!

Seriously...

we are all one and the same...


Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman