Sekitar tahun 2000 ialah zaman-zaman aku sebagai seorang belia yang sangat bangsat dan keparat. Zaman tu zaman kegemilangan family aku dengan abang-abang aku gaji 20 ribu ke atas dan aku aje yang tak bergaji...belajar kat U macam tak ada harapan...zaman aku semakin gelap...
tapi bak pepatah Inggeris menyatakan...within the black cloud there is a silver lining, tak sangka dalam kecenderungan aku melepak di cyber cafe (masa tu mana ada duit nak beli komputer, maklumlah...BANGSAT!) aku terbukak satu laman web nih yang mengiklankan satu kerja kosong..."wartawan hiburan dikehendaki"...aku periksa details iklan dalam website tu dan aku ambik no phone, aku call...dan panggilan aku disambut oleh seorang awek yang sangat serius tone suaranya...dia cakap..."awak boleh datang interview petang ni?"...aku fikir..."err...petang ni, gila apa? aku mana ada duit nak buat tambang bas! ha ha ha!"...aku cakap aku cek dulu samada aku ada hal ke tak...aku call awek aku kat Sarawak tu aku pinjam duit dia buat tambang bas...serius masa tu aku tak ada duit sesenpun dalam kocek...kau fikirlah betapa bangsatnya aku...ada abang-abang gaji puluh ribu, depa laa yang gaji besar bukan aku...aku tetap menjadi "kambing hitam" pada depa...pi mampus!
Dengan berbekalkan duit yang awek aku bank in on the spot, aku terus call tempat yang aku call pagi tadi dan aku cakap aku akan datang interview dalam pukul 4 petang...awek yang jawab call aku tu cakap, "okay, jangan tak datang pulak nanti bos saya mengamuk kat saya pulak". Aku sampai dalam pukul 3:45 petang, sampai aje aku disambut pulak oleh seorang mamat hensem yang pegang kamera...aku agak, mamat ni laa Seir kot?? aku duduk dan mamat tu naik atas...aku tunggu kat bawah ofis yang macam bengkel kereta tu dalam 2 jam...serious...pukul 5 petang baru boss dia sampai...dengan beg James Bond, dia naik atas, dia tak pandang aku pun...ha ha...sabar, kerja punya pasal sabar aje laaa...
Aku kena panggil naik atas...maka sessi interview pun bermula, aku datang interview dengan seluar "Micheal Jackson" (seluar senteng daaa!) dan pakai baju macam mamat ofis rasa macam nak terkujat aje di interview orang tua nih...dia tanya, "gitaris siapa yang kau dengar?" aku cakap "Richie Kotzen", dia gelak...dia cakap..."itu budak hingusan aje tuh...kau kena dengar old stuff macam Eric Gale, Jeff Beck..." bila dia sebut Jeff Beck, aku menyampuk..."owh encik, saya memang minat Jeff Beck! semua album dia saya ada!"...dia ternganga...aku rasa mungkin pasal aku cakap aku dengar Jeff Beck kot yang dia ambik aku kerja dengan dia...dia tanya aku, aku main gitar tak? aku cakap aku tak reti main gitar, aku setakat melalak boleh laaa...dia tanya siapa vokalis yang aku minat? aku cakap - David Coverdale, ha ha...ni masa sebelum David Coverdale block aku dalam tweeter dia...laa ni kalau orang tanya aku cakap aku dengarRobert Plant ha ha ha!!!
"Kau start kerja esok, abang bagi kau RM900 dulu boleh?"...bila aku dengar RM900 aku rasa macam...nak pengsan! seriously, aku kerja sebelum tu gaji paling tinggi RM600 aje kot?? "aku angguk dan setuju sangat! rasa nak menjerit peluk dia pun ada...masa aku mengangguk tu aku rasa dia sudah pandang aku satu macam...mungkin dia rasa pelik kot sebab dia rasa RM900 tu kecik aje bagi dia ha ha ha! "ye bang, bagi kau kecik laa...bagi aku dah macam gaji eksekutif tu!"...aku cakap dalam hati...ha ha ha!
Esoknya aku start kerja, pakai smart macam mat opis, dua tiga hari lepas tu boss sudah sound, dia cakap dengan kerani dia, "suruh Rizan pakai sesuai sikit, apa dia ingat ni pejabat kerajaan ke?"...ha ha! esoknya lepas kena sound aku pakai jeans dengan baju t-shirt aje pegi kerja...sempoi!!
Aku kerja kat situ mula dari pertengahan 2000 sampai pertengahan 2001, macam-macam benda aku belajar, aku develop aku punya instinct, belajar pasal komputer, belajar macam mana nak guna I-Mac zaman perang dunia kedua yang sangat keren...aku belajar banyak benda dalam masa setahun aku kerja kat situ...
Aku ingat masa first time aku kena interview Alleycats, boss aku cakap..."kau jangan layan sangat dia orang nih, tanya benda-benda mudah aje"...dia tanya aku..."kau dengar tak Alleycats nih?" aku cakap - bla bla bla bla...dia ternganga..."dah okay, kau pergi aje laa, bawak cameraman sekali"...itulah first time aku interview band...dengan tak ada experience...belasah aje...memang boss aku mungkin dia boleh baca atau dia tahu kebolehan manusia-manusia yang dia ambik kerja dengan dia...maka dia biar aje aku pergi sendiri...ceh! sepatutnya dia yang bawak aku, ajar aku macam mana nak interview orang...tapi dia selamba...dia percaya betul dengan aku...ha ha ha!! Kau bayangkan, aku punya background music mana ada journalism background...tapi selambaaaaa...
...dan seterusnya aku ingat satu hari masa aku lepas interview dekat Pan Pacific Shah Alam, dia datang dengan seorang PR recording company (yang beberapa kali cuba nak adjust aku ha ha ha!) dan dia tepuk-tepuk belakang aku...entah apa hal aku pun tak tau...dia cakap dengan aku - "well done Rizan, I am proud of you"...ha ha ha! Okay! Aku tau dan yakin orang tua nih mana pernah puji orang...tapi...mungkin ini petunjuk Tuhan pada aku, mungkin Tuhan bagi tau aku - "this is your right path". Nasib baik aku tak call brader drummer tuh kalau tidak takkan aku merasa jadi journalis macam Lester Bangs ha!
Interview artis yang paling lama pernah aku buat...??? Empat hari empat malam...dengan mamat bernama Katon Bagaskara...ha ha ha! Dia siap tunggu aku tiap-tiap hari depan Concorde Hotel siap lepak-lepak, minum-minum cerita benda macam-macam...at least mungkin dia rasa puas hati sebab dapat cerita banyak pasal muzik dia dengan aku...ada jugak dekat 3 page laa aku tulis pasal dia ha ha!
Those were the days, dan inilah jalan-jalan yang Tuhan dah tentukan dalam hidup aku, Dia nak aku merasakan bahawa semua benda yang aku lalu nih ialah pengajaran hidup supaya aku lebih kenal siapa diri aku dan apa yang patut aku buat dalam dunia nih...
dan sebenarnya...
semua benda Tuhan dah tentukan!
Alhamdulillah! Syukur ya Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan