Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Selasa, 15 Julai 2014

Robert Plant lawan David Coverdale ha ha ha!!!


sebelum aku kenal Led Zeppelin, sebenarnya aku kenal Whitesnake dulu...aku kenal Whitesnake masa zaman-zaman Slide It In...dan masa album 1987, David Coverdale dye rambut dia jadi blond...sebab dia mungkin perasan nak jadi Robert Plant tapi suara macam...ha ha ha!!!

I remember first time listening to their Zoso album (Led Zep IV), memang aku rasa...lahaulawalaaa...macam nih pun boleh main muzik? dengan tempo tunggang terbalik (mind you masa tu tahun 1989 aku belum tau muzik lagi aku belum jadi legend lagi ha ha ha!!!), aku simpan kaset tu dalam kotak sampai tahun 1996...

...dan album Houses of the Holy mengubah persepsi aku kepada Robert Plant...masa tu aku dah berat kepada band blues ala-ala Black Crowes jadi aku dah faham dah kalau blues ni memang jahanam semua...tempo out, nyanyi out of tune itu biasa...

dan aku belajar petik gitar dari lagu "The Ocean"...mind you...I dont know how to read notes circa 95-96, masa tu baru tahun 3 belajar muzik jadi haram sepatah aku tak tau baca note, aku pandai baca note ni wife aku yang ajar...ha ha ha! ligat!!!

Aku ingat masa tahun 95 aku tgh praktis mencari note-note "manis dan sumbang" dalam lagu Black Dog, dalam satu studio muzik dekat sekolah muzik aku (Uitm laaa), aku terperasan ada sorang minah salleh dok usha aku main gitar...aku ingat "groupie" kot? atau mungkin aku terperasan atau aku berangan ada groupie dok usha aku...maka aku main laa gitar buruk aku tuh, masa tu aku mana ada lagi gitar Jackson merah aku tu, aku ada gitar Indon aje...aku main dan main dan aku perasan makin ralit pulak minah salleh tu usha...aku buat derk...

esoknya, masa perhimpunan sekolah, rupa-rupanya minah salleh tu visiting professor ha ha ha!! dia dok lecture pasal muzik dan course muzik dekat negara dia dan paling best dia tanya - "may I know which one of you studied rock guitar??" errr...aku? aku nak angkat tangan??? owhhh...sorry, semalam tu aku gian nak "main" Led Zep...semua lecturer kat situ geleng kepada sebab kat Uitm mana ada rock guitar course!!!!??? 

Aku sorokkan kepala aku aku duduk diam-diam aku rasa nak blah...karang aku blah dia nampak pulak...lepas dia tanya, sorang pun tak mengaku...ye lah mana ada pun course tuh...rupanya minah salleh tu yang dok usha aku ha ha ha!!!

dia cakap. musician yang paling jujur ialah rock guitarist sebab depa main gitar pakai hearing dan depa tak pandai pun baca note tapi kalau didengar permainan depa, boleh gugur jantung..macam tu laa minah salleh tu cakap...

and then 

what do i feel??

malu siotttt!!! malu dengan diri sendiri dan menyesal, apasal aku tak pelawa dia masuk studio tgk aku main gitar ha ha ha!!!

and you asked me why I play out of tempo and out of tune??

because people with a high intellect like this minah salleh will appreciate my playing rather than kau yang belajar baca note dari kecik tapi last-last kau ikut note, tak ada soul...

that is why I love Led Zeppelin!!



they had lifted me high above!!!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman