Aku masa kecik bukanlah peminat tegar Star Wars, hanya setelah aku dah berumur sikit baru aku minat Star Wars sebab mesej ceritanya sangat dekat dengan aku
klip di atas menunjukkan macam mana kau akan kena tipu, kena perdaya dan kena bodoh dek setan, itulah ujian paling besar kau dalam hidup...setan akan menakutkan kau dengan benda-benda yang kau sayang dari sudut materialiti...dari sudut perasaan kau pada kawan-kawan dan orang-orang yang kau cinta, anak kau...bini kau...dan kau akan selalu kalah dengan perasaan tuh...dan itulah perbezaan good and evil...kalau kita boleh faham bagaimana perasaan bapak bernama Ibrahim bilamana dia kena sembelih anak dia sendiri, Ismail?? Apa agaknya perasaan Ibrahim? tapi anak dia tetap bersabar dan menyatakan..."nescaya kau akan dapati aku dari kalangan orang yang bersabar"...dan dalam adegan ini kita nampak betapa gabra nya Luke Skywalker...tapi dia masih steady...sebab the Force is with him!
...dan setan itu cuba bermain-main dengan mamat nih, dia goda punya goda sampai dia rasa dia boleh menang...tapi menang ke dia?
...dan seperti biasa, Jedi pun manusia jugak...sanggup ke dia menjadi setan semata-mata nak selamatkan kawan-kawan dia dan mengakui kepada bapak dia bahawa akhirnya dia terpaksa menjilat ludah dia sendiri?? dan dilihat dalam adegan ini bagaimana kau marah dengan semua orang dan kau belasah semua orang dengan kemarahan kau...tapi kau tak sedar sebenarnya kau dah jadi bodo alang masa tu ha ha ha!
...dan dalam kau marah, sebenarnya kalau kau masih ada simpan perasaan dengan Tuhan dan kau ingat bahawa kau ni adalah hamba Tuhan yang sangat hina, maka kau akan nampak "jalan" untuk kau keluar dari masalah kau tuh, bagaimana mamat nih melihat yang nasib dia akan menjadi sama macam bapak dia kalau dia bunuh bapak dia maka dia cuba memecahkan tradisi tu dan cuba melawan kehendak diri dia yang sedang marah masa tuh dan akhirnya...
you know what? walau macam mana setan pun perangai kau, macam mana evil pun kau...kalau kau masih ada sikit pun perasaan kasih sayang dengan anak kau...aku yakin kau akan berjaya menjadi seorang manusia yang sedar diri kau tu siapa kalau kau mau laa kan?
tapi kalau kau nak ikut setan, siapa aku nak larang kau?
dan akhirnya...
"the love you received is the love that is saved!"
ha ha ha!
apa kejadah laaa aku bikin blog nih???
tak per sekadar nasihat buat diri sendiri jangan mudah marah ha ha ha!1
Allah (TM) bersama dengan orang yang sabar macam Luke Skywalker dan Ismail anak Ibrahim.
Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan