Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Sabtu, 19 Julai 2014

thank you.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ucapkan terima kasih kerana membaca blog saya, 

saya bukanlah seorang blogger yang hebat tapi sebenarnya ini ialah satu bentuk terapi yang boleh menghilangkan Bi-Polar Mood Disorder saya.

Saya menulis untuk menghiburkan diri sendiri, menasihati diri sendiri dan kalau boleh nak menghubungkan diri saya dengan Tuhan, moga-moga Tuhan  memberkati usaha saya ini.

Saya merasa sangat tenang dan lapang kerana anda membaca blog saya dan tidak menghentam saya, itulah perkara yang sangat saya takuti...

Kalau ada salah dan silap saya minta maaf, sila tegur dan betulkan...kalau tak faham, sila tanya, jangan buat kesimpulan sendiri.

Saya harap "hubungan" blog saya dan anda akan berkekalan sehingga akhir hayat ha ha ha ha!!

Ambil benda yang baik dan tinggal benda yang merapu...

sekali lagi saya ingatkan, tak faham...dan nak faham...tanya saya jangan printscreen lepas tu kecoh kat facebook...kalau saya nampak saya tutup blog nih ha ha ha!

terima kasih.

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman