Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Isnin, 21 Julai 2014

I forgive you...


Salah satu movie yang selalu aku tonton, inilah satu-satunya filem yang merobek jiwa dan raga aku...sebenarnya ini ialah filem insaf yang selalu mengingatkan aku...jangan lebihkan emosi dari perasaan kasih sayang kau pada anak kau...aku takut sangat perkara macam dalam filem nih terjadi pada aku...

seriously, ini filem yang menceritakan tentang satu rasa traumatic terhadap benda salah yang kau pernah buat dan kau sendiri rasa tak dapat nak maafkan diri kau sendiri sebab kau rasa benda tu sangat sial dan sangat menyusahkan diri kau...kau rasa kau dah buat dosa yang sangat besar...

namun demikian kau juga harus percaya bahawa kau tu siapa nak hukum diri kau sendiri, kau boleh buat kesalahan setinggi cakerawala sekalipun, namun demikian kalau kau ada kesedaran bahawa apa yang kau buat tu sebenarnya adalah datang dari kelemahan kau sendiri sebagai manusia dan kau melahirkan rasa kekesalan kau yang amat sangat, aku sure Tuhan sendiri akan membukak pintu hati orang yang kau zalim tu untuk memaafkan kau...macam dalam filem nih...anak dia tetap maafkan dosa besar bapak dia sebab anak dia pasti tahu perasaan bapak dia ketika itu yang kehilangan bini yang sangat disayanginya...anak dia memahami "ke-lonely-an" bapak dia dan anak dia sangat faham perasaan bapak dia...Tuhan dah bagi kefahaman untuk anak dia memaafkan dosa bapak dia...lain pula ceritanya kalau kau sejenis manusia yang suka cari salah orang dan fikir kau aje betul, tak ada jalan untuk kau sampai ke makrifat itu...ha ha ha!!!

Kalau kau ada dosa sebesar cakerawala sekalipun, kalau kau jujur dengan diri kau dan kau rasa kau tak sepatutnya buat begitu, anggaplah itu satu ajaran yang Tuhan bagi kat kau untuk kau menjadi lebih matang dan lebih berjaya dalam hidup kau...

dan akhirnya anak dia tahu betapa sayangnya bapak dia dengan dia...sebab bapak dia bawak dia ke tempat di mana dia pertama kali "diwujudkan"...

and still

love is the third dance of eternity!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman