Kau Nak Apa Mengarut Nih Setan?!

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


- we are the LAST IN LINE!!!

Rabu, 9 Julai 2014

seriously, yang menulis ni memang anti hadith!


Aku masa kecik memang abah aku hantar ke surau untuk mengaji, aku belajar semua benda jadi kau tak harus panggil aku ustaz Google mahupun ustaz Facebook, okay? Aku cuma tak ada peluang nak menempek muka kat TV dan jadi famous dengan jual agama macam Ustaz-ustaz Tv Al Hijrah tu haaa...serious, kenapa aku kata kau jual agama? sebab kau nak kena bayar pulak untuk menyampaikan pesan dari Tuhan.

Okay, melalut pulak aku...aku ternampak cover buku nih kat google, errr...ye lah, ustaz google pun google lah! Aku rasa macam yang menulis nih samada dia anti hadith atau pendirian dia tentang hadith itu sangat goyah dan dia sendiri umpama pendita yahudi yang tak confirm samada depa dah salib dan bunuh nabi Isa atau tidak...

macam aku selalu cakap:

"we know for the first time if we're evil or divine"

Ustaz yang menulis nih aku rasa pandangan dia sangat bebas dan liberal, dia berani mengatakan ada terdapat hadith palsu...padahal kaum-kaum dia semua mengangkat hadith ke martabat yang sangat tinggi dan tidak boleh dipersoalkan sebab ia dah sama taraf wahyu Tuhan. Seriously kawan, kalau kau pandang satu benda tu suci dan murni kau sampai ke nak persoalkan sebahagiannya palsu dan sebahagiannya tulen??

(Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak),Mengenai apa yang mereka telah lakukan.Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, - Al Hijr 90-95 

and then??

aku nak tanya ustaz yang tulis buku ni kalau Allah (TM) izinkan.

"kalau kau kata hadith itu palsu, maka apakah pegangan kau sebenarnya?"

di ayat atas jelas nyata Allah (TM) sendiri yang kata kau ni dah kafir.

sebab kau kata hadith yang kau agungkan tu sebagai palsu pulak sebahagiannya?

dan kau tolak pula benda yang kau kata datang dari Allah (TM) ???

maka antara anti hadith dengan kau, siapa lagi layak memegang gelaran KAFIR?

ni ada bukti kat atas nih!

Taubatlah ustaz!

Tiada ulasan:

Jumlah Paparan Halaman