Ada orang cakap,
anak kau akan ikut perangai kau,
kalau perangai kau macam hantu maka anak kau juga akan jadi macam hantu,
aku sebenarnya tak suka percaya, sebab apa? pasal sebenarnya kalau begitu lah cara Tuhan buat dunia nih, maka anak aku tak boleh lari dari dosa aku...kalau aku suka maki orang, misalnya...maka anak aku pun tak terlepas dari dosa aku dan dia akan jadi macam aku, maka persoalan dia sekarang nih...ada ke rahmat Tuhan kat situ?
aku yakin, sebenarnya apa yang orang selalu cakap tu bukannya betul...sebab aku tak percaya sangat dengan "sin of the father"...memang dosa Adam kita kena palit semuanya...tapi kita tak tahu, kalau tak ada dosa, tak ada laa pahala, kan? makanya macam mana kita nak faham dan beza baik dengan buruk?
manusia nih sebenarnya takut, takutkan macam-macam, depa lupa rahmat Allah tu sentiasa ada buat depa, depa tak nak go into the light...
tapi aku tau, anak aku tak ikut perangai aku, dia ikut perangai mak dia, sebab apa aku tau? sebab anak aku, macam mak dia...24 jam berkepit dengan aku...maka kat situlah aku dapat memahami bahawa anak aku tak ikut perangai buruk aku...selamat!!!
anak aku sangat penyayang, dia tak pernah sekalipun menangis terjerit-jerit jenis yang annoying gila sampai aku rasa nak lempang dia, dia memang seratus peratus ikut perangai mak dia, caring, penyayang, baik hati dan suka tolong orang susah, aku masih ingat, dia tarik aku pi pet shop paksa aku beli makanan anjing! serius...anak aku? umur 3 tahun tuh dah faham perasaan belas kasihan? owhhhhh!! Ini tanda rahmat Tuhan yang sangat dalam buat aku...anak aku? anak aku ke nih? bukan ke perangai aku buruk macam setan? Aku tak sure nih anak aku nih!! Alhamdulillah, Tuhan bagi aku anak yang sangat baik dan bijak macam nih!
anak aku juga kuat merajuk macam mak dia, kalau dia nak mintak beli mainan, dia akan mintak dengan aku, dia tak pernah mintak dengan mak dia, sebab mak dia tak bagi confirm punya! pernah sekali wife aku suruh dia beli mainan, suruh dia ambik mainan tuh, dia tak ambik dia berdiri kat situ sampai aku datang!! Sangat disiplin dan mendengar kata budak nih!
rahsia aku? aku selalu bagi apa dia nak, aku tak berkira, sama jugak macam anjing liar depan rumah aku yang selalu datang depan pintu rumah aku, mintak makan...aku bagi, errr...bukan nak samakan anak aku dengan anjing tu pulak, tapi sekadar nak memberi pemahaman...bahawa - "the love you give is the love that is saved". Kalau kau bagi kasih sayang sesama makhluk, maka makhluk tu akan kasih dan sayang dengan kau...anjing kat depan rumah aku selalu datang mintak makan dengan aku dengan wife aku...kami tak pernah kedekut...kami bagi, malah dalam sebulan kalau kami ada duit, kami beli se karton makanan dia...bukan kami bagi sebab kami nak dapat pahala ke, nak harap esok anjing tu bawak kami masuk syurga ke...errr...pasal kami ada satu perasaan empati yang Tuhan bagi...kami sayang semua makhluk hatta musuh ketat kami pun kami sayang, kalau aku tak sayang lama dah aku - KILL EM ALL!!!
.jpg)
berbalik hal anak aku, anak aku ialah tanda kasih sayang Tuhan dengan aku, aku tahu Tuhan masih sabar dengan sikap aku yang suka komplen macam-macam dengan Dia, Tuhan sedang menjaga aku dan keluarga aku...
dan Dia sahaja yang boleh membuka rahsia kenapa aku dan keluarga diperkotak katikkan macam nih...
dan mungkin juga Dia nak ajar aku satu hikmah...
"kau nak tau kau siapa? kau tengok anak kau...kau tahulah kau tu siapa".
yes, I know...
if I can lead my son to compassion and empathy...I can lead the people to God as well...
"i become a rider for protecting people (grammar terabur, siapa laa buat sub title nih!?)...i can protect rider as well!!!"
dan akhirnya...
Tuhan akan jawab on the spot!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan